• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

RHBIB Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Kepada Tujuh Peratus Bagi 2021

in Berita
A A
RHBIB Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Kepada Tujuh Peratus Bagi 2021

Sumber Gambar : Facebook RHB Group

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2021 kepada tujuh peratus tahun ke tahun daripada empat peratus yang dijangkakan sebelum ini.

Bank pelaburan itu berkata semakan tersebut dibuat selepas mengambil kira kemungkinan pengagihan vaksin COVID-19 dapat dilaksanakan secara meluas pada separuh kedua 2021.

“Oleh yang demikian, vaksin itu sendiri dijangka mendorong ekonomi menjadi semakin baik secara beransur-ansur memandangkan isu berkaitan keberkesanan dan kebolehcapaian akan menjadi keutamaan dasar kesihatan awam tahun depan,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Berkaitan

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Ia berkata selain pembangunan vaksin, pemangkin lain bagi tahun depan adalah sokongan berterusan kerajaan terutama pada awal 2021.

“Belanjawan 2021 oleh kerajaan dijangka tinggi, untuk mengimbangi sekatan yang sedang berterusan, sehingga vaksin tersedia secara meluas dan ini akan disokong oleh persekitaran kadar faedah yang sedia rendah,” katanya.

RHBIB berkata lebih banyak sokongan bersasar dijangka diperkenalkan kerajaan tahun depan, susulan beberapa langkah sokongan di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) yang diumumkan baru-baru ini, termasuk bantuan tunai yang akan dibayar pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

“Tahun depan, kami menjangkakan sokongan akan lebih bersasar, diberikan kepada segmen ekonomi yang masih terjejas teruk akibat langkah sekatan seperti pelancongan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Bantuan sosial kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) mungkin diperluaskan, sejajar dengan semakan Pendapatan Garis Kemiskinan daripada RM980 kepada RM2,208 untuk memberi manfaat kepada sebahagian besar rakyat,” menurutnya.

Bank pelaburan itu berkata bagaimanapun pertumbuhan penggunaan swasta diunjurkan lebih tidak menentu pada separuh pertama 2021.

Ia berkata ini kerana ekonomi mungkin bermula dalam keadaan yang masih terkesan akibat momentum lemah ditambah dengan peningkatan kadar pengangguran serta pertumbuhan upah lebih rendah.

“Perbelanjaan, terutama untuk item berharga tinggi seperti hartanah dan kenderaan, kekal di bawah aliran jangka panjang dan diunjurkan tetap sederhana sehingga tahun depan,” menurutnya.

Mengenai defisit fiskal, RHBIB berkata ia menjangkakan defisit menjadi lebih baik iaitu kepada lima peratus daripada KDNK 2021 berbanding defisit 6.5 peratus yang diunjurkan bagi tahun ini.

Penurunan itu didorong oleh perbelanjaan lebih rendah — walaupun masih tinggi berbanding dengan paras sebelum pandemik berlaku — dan peningkatan kutipan hasil.

“Berasaskan andaian bahawa vaksin COVID-19 hanya akan diagihkan pada tempoh akhir 2021, sokongan kerajaan mungkin diperlukan semasa awal tahun, sekali gus menjadikan keperluan perbelanjaan adalah lebih besar.

“Sebaliknya, kutipan hasil dijangka meningkat, walaupun mungkin hanya sedikit lebih baik berbanding paras 2019,” kata bank pelaburan itu.

Mengenai kadar dasar semalaman (OPR), RHBIB yakin kadar faedah lazim akan ditetapkan semula pada 2021 susulan pembukaan semula sempadan dan penyambungan kembali aktiviti ekonomi.

“Setakat ini, kami menjangkakan kadar faedah meningkat 25 mata asas kepada dua peratus pada 2021, dengan mempertimbangkan ekonomi domestik memerlukan sokongan berterusan pada awal 2021,” menurutnya.

Ia berkata Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR pada 1.75 peratus bagi baki tempoh tahun ini memandangkan sokongan penting telah disediakan.

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share206ShareSend

Related Posts

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS
Berita

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

2 months ago
Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

3 months ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

4 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In