KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — REDtone International Bhd (REDtone) buat julung kalinya menganjurkan pertandingan Digital Pemacu Pertanian Lestari untuk menggalakkan penggunaan teknologi pertanian pintar di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lau Bik Soon berkata, pertandingan yang akan bermula esok sehingga 15 Dis, 2020, terbuka kepada pekebun kecil dan bakal menyaksikan REDtone menggunakan sistem aplikasi baja automatik yang dapat meningkatkan hasil dan kualiti tanaman yang lebih baik, di ladang petani yang bakal memenangi pertandingan ini.
“Impak teknologi seperti IoT (Internet of Things) terhadap pertanian seperti meningkatkan pengeluaran dan pendapatan, meminimumkan pembaziran, mengurangkan sumber tenaga kerja dan kos operasi, adalah manfaat utamanya.
“Oleh itu, amat penting untuk petani kecil kita turut menyertai perjalanan pendigitalan ini bagi memastikan kelestarian kebun kecil mereka, menggalakkan pertumbuhan dan pengembangan serta memastikan keselamatan bekalan makanan negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan disokong oleh Jabatan Pertanian.
Sejak dilancarkan pada tahun 2018, Pertanian Pintar REDtone yang menawarkan penyelesaian yang dibina khas dalam platform IoT bersepadu yang membolehkan petani memanfaatkan pengimbas, pintu masuk pintar dan sistem pemantauan, telah meningkatkan hasil dan pendapatan pelanggannya yang menanam tembikai wangi, sayur-sayuran, cili dan tanaman lain.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards