• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Radiant Globaltech Beli 80 Peratus Kepentingan Grand-Flo Spritvest Pada Harga RM11.6 Juta

in Catalyst
A A
Radiant Globaltech Beli 80 Peratus Kepentingan Grand-Flo Spritvest Pada Harga RM11.6 Juta

Sumber Gambar : TheStar

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Radiant Globaltech Bhd bercadang membeli 80 peratus kepentingan dalam Grand-Flo Spritvest Sdn Bhd (GF Spritvest) pada harga RM11.6 juta untuk mengembangkan liputan pelanggan domestiknya, meningkatkan rangkaian perisian dan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada pelanggan.

Pengarah Urusannya Paul Yap Ban Foo berkata pembelian itu sejajar dengan strategi memperkukuh asas pelanggan industri sebagai pelengkap kubu syarikat pada masa ini dalam kalangan pemain runcit.

“Selain liputan yang lebih meluas dalam sektor pelanggan, Radiant Group memanfaatkan bukan sahaja dengan mengembangkan rangkaian produk dan perkhidmatan kami, malah, menggabungkan sumber untuk pembangunan penyelesaian teknologi yang selanjutnya untuk mendigitalkan operasi kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Radiant Group memeterai perjanjian jualan saham bersyarat (SSA) dengan syarikat induk GF Spritvest, Grand-Flo Bhd (GF) untuk membeli 800,000 saham atau 80 peratus modal saham terbitan GF Spritvest.

Baki 20 peratus lagi akan dipegang oleh Jejaka 7 Capital Sdn Bhd, yang mana Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GF Spritvest, Cheng Ping Liong memegang majoriti kepentingan ekuiti sebanyak 55 peratus.

Selain itu, GF Spritvest memeterai perjanjian khidmat dengan Cheng untuk terus bertugas sebagai pengarah dan CEO.

Cheng juga akan memberikan jaminan keuntungan bersih terkumpul sebanyak RM3.2 juta daripada tarikh selesai SSA sehingga tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2022.

GF Spritvest menyediakan penyelesaian pengambilan dan pengumpulsemakan data elektronik untuk membolehkan perniagaan menguruskan dan mengumpul semak data dengan kod bar dan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio. 

Para pelanggannya antara lain, terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka dalam industri barangan dan elektronik pengguna yang mendapat sambutan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia.

— BERNAMA

Share283ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In