KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), Puncak Niaga Construction Sdn Bhd telah memeterai perjanjian subkontrak bernilai RM47.21 juta dengan subkontraktor utama Pembinaan Era Dinamik Sdn Bhd untuk projek di Gua Musang, Kelantan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PNHB berkata skop kerja termasuk, antara lain, pembinaan dan penyiapan stesen sistem agihan air mentah dan low weir dan stesen sistem agihan air mentah dengan kapasiti 12 pengekstrakan air dari Sungai Ketil.
Projek ini bermula pada 3 Julai 2023 dan akan disiapkan pada 28 Mei 2024, dengan tempoh liabiliti kecacatan selama 24 bulan.
Perjanjian itu dijangka menyumbang kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham atau penggearan kumpulan untuk tahun kewangan semasa berakhir 31 Dis 2023, sehingga siap kerja-kerja di bawah perjanjian subkontrak itu.
— BERNAMA