• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Prospek Industri O&G Kekal Positif Walaupun Berdepan Cabaran

in Berita
A A
Prospek Industri O&G Kekal Positif Walaupun Berdepan Cabaran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Prospek keseluruhan industri minyak dan gas (O&G) kekal positif walaupun diasak cabaran impak penularan COVID-19 yang menyebabkan sektor tersebut mengalami penurunan ketara.

Ambank menerusi nota penyelidikan ekuitinya hari ini berkata, pandemik itu akan memberi kesan negatif bersih terhadap permintaan minyak global sehingga 2025 dengan anggaran 0.9 juta tong sehari di bawah paras ketika tempoh sebelum berlakunya COVID-19.

“Ini selepas mencatat penurunan sebanyak 23 juta tong pada April dan kira-kira tujuh juta tong pada Disember 2020,” katanya.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Menurutnya, tinjauan ‘Deep Dive Oil Market’ oleh Rystad Energy yang juga syarikat tinjauan kajian dan perniagaan tenaga menunjukkan senario COVID-19 pada fasa berikutnya boleh menyebabkan penurunan sehingga tiga juta tong sehari menjelang akhir tahun ini.

“Ini menjadikan hanya 3.5 juta tong sehari pada Disember 2021 yang dijejaskan oleh penyusutan permintaan terhadap bahan api pesawat, gasolin, diesel dan bahan api lain,” katanya.

Rystad turut mengunjurkan bahawa harga minyak akan meningkat mengikut senario mengikut kes kepada US$75 setong pada akhir 2022. 

“Sebarang peningkatannya akan mencecah lebih US$90 setong menjelang pertengahan 2022 dan diikuti dengan penyusutan lebih drastik kepada US$30 setong pada 2024 membabitkan potensi pelaburan,” katanya.

Berikutan ketidaktentuan harga minyak mentah semasa, ia juga percaya kitaran penurunan tersebut telah mencecah paras terendahnya.

Pada 10.25 pagi ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global berada pada paras US$41.49 setong.

“Dialog Group, Serba Dinamik Holdings dan Petronas Chemicals Group telah mencecah paras rendah manakala Petronas Gas pula menunjukkan strategi struktur modal yang optimum dengan pendapatan berdaya tahannya dapat diterjemahkan dalam bentuk hasil dividen yang menarik,” demikian menurut Ambank.

Petronas Gas dan Petronas Chemical adalah syarikat utama di bawah Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Selain itu, setakat 10.22 pagi ini, saham-saham Petronas Gas naik lapan sen kepada RM16.46, Petronas Chemical sebaliknya susut empat sen kepada RM5.96 manakala Dialog dan Serba Dinamik masing-masing tidak berubah pada RM3.80 dan RM1.62.

— BERNAMA

Share204ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In