KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd, telah memperoleh dua kontrak bernilai RM9.1 juta daripada Sunway Group.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata kontrak pertama melibatkan reka bentuk, pembekalan dan pemasangan papan suis voltan rendah (LV) bagi enam stesen bertingkat Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bernilai RM3.0 juta.
Kontrak kedua melibatkan reka bentuk, pembekalan dan pemasangan papan suis LV bagi projek pembangunan bercampur di sepanjang Jalan Ampang di sini, bernilai RM6.1 juta.
Sebagai vendor papan suis LV yang diluluskan untuk projek LRT3, Powerwell berkata syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mendapatkan lebih banyak kontrak berkaitan LRT3 kerana kerja-kerja untuk projek LRT3 telah menunjukkan kemajuan.
“Nilai perolehan kontrak Powerwell bernilai RM80 juta dan ia dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kewangannya sehingga tahun 2021,” katanya.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->