KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Syarikat pengeluar produk pengedaran elektrik, Powerwell Holdings Bhd telah membalas pertanyaan Bursa Malaysia Bhd berhubung penyata syarikat mengenai kontrak bernilai RM21.7 juta yang diperolehi sejak September, dengan tempahan dalam tangan mencecah lebih RM80 juta.
Powerwell dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak yang diperoleh merangkumi kerja-kerja bagi projek LRT 3 yang bernilai RM6.7 juta termasuk daripada Kumpulan Sunway (RM3 juta), CWM Group Sdn Bhd (RM560,000) serta Trans Resources Corporation Sdn Bhd (RM3.14 juta).
Katanya, kerja-kerja kontrak bagi projek LRT 3 disasarkan bermula menjelang suku pertama 2021 dan siap pada suku kedua 2021.
“Kumpulan bertanggungjawab terhadap reka bentuk, pembekalan dan pemasangan papan suis voltan rendah untuk stesen bertingkat LRT 3 yang dinyatakan dalam kontrak berkenaan,” katanya.
Sementara itu, anak syarikat milik penuh Powerwell, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd, telah memperoleh dua kontrak bernilai RM9.1 juta daripada kumpulan Sunway.
Tempahan dalam tangan Powerwell berjumlah RM80 juta dan ini dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kewangannya sehingga 2021.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards