• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, September 28, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pharmaniaga Jangka Vaksin Covid-19 Seawal Suku Pertama 2021

in Berita
A A
Pharmaniaga Jangka Vaksin Covid-19 Seawal Suku Pertama 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Pharmaniaga Bhd menjangkakan vaksin COVID-19 yang sedang menjalani ujian klinikal di negara-negara seperti India dan China akan berada di Malaysia pada suku pertama atau kedua 2021, menurut Pemangku Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman.

“Kebanyakannya (pembuat vaksin) telah mengumumkan untuk mengeluarkan vaksin itu menjelang akhir 2020. Justeru, saya berpendapat mereka akan menyediakan untuk peringkat tempatan terlebih dahulu sebelum menawarkannya ke negara-negara lain.

“Jadi, apabila Malaysia menerima vaksin itu, kilang kami bersedia untuk membotolkannya dengan segera,” katanya pada taklimat prestasi kewangan dan pengumuman keputusan bagi suku kedua 2020 syarikat itu di sini hari ini.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Mohamed Iqbal yang juga Ketua Pegawai Operasi syarikat berkata, vaksin itu akan memasuki pasaran selepas menerima kelulusan kerajaan dan memenuhi syarat undang-undang di bawah Agensi Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (NPRA).

Beliau berkata syarikat itu menyuntik RM2 juta untuk menggunakan semula kilang suntikan volum kecil (SVI) yang sedia ada di Puchong untuk menjalankan proses pembangunan pembotolan untuk vaksin COVID-19.

“Selepas selesai proses ini, kami akan kembali menjalankan kerja-kerja yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Pharmaniaga mempunyai tujuh kilang di enam lokasi di Malaysia dan sebuah kilang di Bandung, Indonesia. Bagaimanapun, hanya satu daripada kilang itu iaitu Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Puchong yang mempunyai peralatan mencukupi untuk membangunkan vaksin COVID-19.

Mohamed Iqbal berkata ia adalah kilang yang diluluskan dengan Amalan Perkilangan yang Baik (GMP) dan satu-satunya kilang SVI di Malaysia yang mempunyai GMP daripada Kesatuan Eropah.

“Kapasiti kami adalah kira-kira 10 juta dos setiap bulan untuk bekas 10 dos,” katanya.

Mengenai unjuran pada tahun ini, Mohamed Iqbal berkata ia menjangkakan perniagaan syarikat itu akan kembali normal pada suku keempat 2020 – seperti menerima tempahan daripada kerajaan seperti pra-COVID-19 dan sektor swasta akan terus berkembang.

“Kami akan memastikan kesinambungan daripada konsesi kerajaan, memberi tumpuan kepada pembuatan khusus seperti melabur dalam terapeutik baharu dan memperluaskan langkah pendigitan kami,” katanya.

Secara keseluruhannya, beliau menjangkakan industri farmaseutikal akan mencatatkan pertumbuhan yang berterusan walaupun berdepan persekitaran lebih berdaya saing memandangkan kerajaan telah meningkatkan kira-kira enam peratus perbelanjaan dalam sektor penjagaan kesihatan dalam belanjawan sebelum ini.

— BERNAMA

Share1141ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

1 month ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In