• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Petronas Meterai Perkongsian Pengeluaran Bagi Tiga Kluster DRO

in Catalyst
A A
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang

Kredit gambar: The Edge Markets

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Petronas telah menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) merangkumi tiga kluster peluang sumber ditemui (DRO) yang ditawarkan menerusi Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2022.

MBR merupakan acara bidaan tahunan yang menawarkan pelbagai peluang huluan kepada pelabur berpotensi dan ini termasuk blok cari gali, DRO serta aset hayat lewat di sekitar Malaysia.

“Kluster A dianugerahkan kepada Ping Petroleum Sdn Bhd dan Petroleum Sarawak Exploration & Production Sdn Bhd (PSEP) manakala Dialog Resources Sdn Bhd dan PSEP memenangi bidaan bagi Kluster Baram Junior. Kedua-dua kluster tersebut terletak di perairan Sarawak.

Berkaitan

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

SCIB Tarik Diri Daripada Projek Hospital Pakar Di Johor Bahru

“Selain itu, Kluster Meranti di luar pesisir Semenanjung Malaysia, dianugerahkan kepada Ping Petroleum yang menjalin kerjasama dengan Duta Marine Sdn Bhd,” kata syarikat minyak dan gas negara dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga PSC itu dianugerahkan di bawah terma aset lapangan kecil (SFA) yang diperkenalkan pada 2020.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Mohamed Firouz Asnan berkata sejajar dengan tanggungjawab MPM untuk memaksimumkan nilai jangka panjang sumber minyak dan gas Malaysia, DRO itu dilihat sebagai mencabar dan melibatkan pelabur susulan pengenalan terma-terma SFA PSC.

“Kami mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan penyertaan Ping Petroleum dalam industri huluan Malaysia dan berharap syarikat ini dapat mengulangi kejayaannya di luar negara dalam usaha menjana keuntungan daripada aset lapangan kecil di perairan cetek negara ini.

“Pemeteraian tiga PSC itu hanya membuktikan lagi tarikan Malaysia sebagai pilihan bagi pelabur yang berhasrat memanfaatkan peluang tenaga kerana kami sentiasa memberi reaksi positif terhadap maklum balas mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Petronas turut mengalu-alukan kehadiran pertama Dialog Resources Sdn Bhd (Dialog Resources) sebagai pengendali manakala PSEP dan Duta Marine terus mengembangkan portfolio masing-masing di Malaysia.

Dalam minggu-minggu akan datang, Petronas akan turut memeterai PSC baharu dengan pembida yang memenangi MBR 2022 bagi peluang cari gali tersebut.

Sementara itu, Dialog Group Bhd (Dialog) memaklumkan Bursa Malaysia mengenai unitnya, Dialog Resources yang memeterai PSC dengan Petronas dan PSEP bagi Kluster Baram Junior.

“Strategi Dialog adalah untuk mengembangkan aset huluan selain terus membangunkan keupayaan tersebut dalam aktiviti minyak dan gas. Ini termasuk pembangunan lapangan baharu serta pembangunan semula medan minyak dan gas matang.

“Langkah ini dijangka dapat mewujudkan platform memberangsangkan bagi penjanaan sumber mampan jangka panjang daripada pengeluaran minyak dan gas,” katanya.

— BERNAMA

Tags: DialoghuluanMBRminyak dan gasPetronas
Share217ShareSend

Related Posts

Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan
Catalyst

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

1 day ago
Malaysia Airport MAHB
Catalyst

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

1 day ago
Anak Syarikat Sarawak Consolidated Industries Peroleh Kontrak Tiang Lampu Bernilai RM30.75 Juta
Catalyst

SCIB Tarik Diri Daripada Projek Hospital Pakar Di Johor Bahru

4 days ago
Unit Reservoir Link Peroleh Pesanan Pembelian Sistem Panel Solar Bernilai RM11.4 Juta
Catalyst

Unit Reservoir Link Peroleh Pesanan Pembelian Sistem Panel Solar Bernilai RM11.4 Juta

4 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In