• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Petronas Bayar Dividen Tambahan RM10 Bilion Menjelang Akhir November

in Hebahan
A A
Petronas Bayar Dividen Tambahan RM10 Bilion Menjelang Akhir November

Kredit gambar: NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah meluluskan bayaran dividen tambahan sebanyak RM10 bilion kepada kerajaan Persekutuan menjelang akhir November 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Syarikat minyak nasional itu berkata ia sebelum ini komited untuk mengekalkan pembayaran dividen RM24 bilion yang dijadualkan kepada kerajaan berdasarkan prestasi tahun kewangan 2019, dan mengesahkan bahawa syarikat itu telah membayar dividen sepenuhnya seperti yang dirancang untuk tahun ini.

“Dalam menentukan sama ada dividen tambahan ini mampu dibayar, pihak lembaga Petronas pertama sekali berpuas hati bahawa syarikat masih mampu membiayai operasinya dengan selesa, membayar hutang dan memenuhi kewajipannya serta melabur untuk pertumbuhan masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berkaitan

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal

Bursa Malaysia Pinda Peraturan Perniagaan, Keperluan Penyenaraian Bagi Cuti Peristiwa

Hujan Lebat Berterusan Dijangka Mampu Lonjakkan Harga Getah

 Menurut Petronas, ia tetap tegas dalam usahanya mengekalkan simpanan tunai dan memperkukuh daya tahan kewangannya dalam situasi yang tidak menentu ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Petronas akan membayar dividen RM34 bilion kepada kerajaan Persekutuan tahun ini.  

Pada 2019, Petronas membayar dividen kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM54 bilion, termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion.

— BERNAMA

Share325ShareSend

Related Posts

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal
Hebahan

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal

6 months ago
bursa malaysia
Hebahan

Bursa Malaysia Pinda Peraturan Perniagaan, Keperluan Penyenaraian Bagi Cuti Peristiwa

9 months ago
ANRPC Semak Semula Penggunaan Getah Global, Unjuran Pengeluaran
Berita

Hujan Lebat Berterusan Dijangka Mampu Lonjakkan Harga Getah

11 months ago
Malaysia Airlines Perbaharui Kerjasama Dengan SITA Tingkatkan Ketersambungan
Hebahan

Malaysia Airlines Tambah Frekuensi Penerbangan Untuk Destinasi Domestik Menjelang PRU15

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In