fbpx
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
Friday, March 5, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Global

Perhati Rapat Saham NIO dan NVIDIA

by Ronnie Chai
26/01/2021
in Global
5 min read
Perhati Rapat Saham NIO dan NVIDIA

Berkaitan

Bagaimana Bilis Tewaskan Jerung Di Wall Street

8 Fakta Menarik Tentang Intel Corporation (INTC)

Top 5 Saham Sektor Teknologi Patuh Syariah Yang Paling Untung Di Wall Street

Pernah dengar syarikat NIO dan NVIDIA? Tahu apakah perniagaan yang mereka jalankan? Syarikat NVIDIA mungkin kita biasa dengar kerana NVIDIA sangat terkenal dengan kad grafik yang mereka keluarkan. Kalau tanya kaki gamers, memang kenal sangat syarikat ni. Bagi yang tidak mengenali syarikat NIO, tidak mengapa kerana kami akan kongsikan latar belakang kedua-dua buah syarikat ini.

NIO, INC (NIO)


Sumber: nio.com

Nio adalah syarikat pengeluar kenderaan yang berpangkalan di Shanghai, China. Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam merekabentuk dan membangunkan kenderaan elektrik. Nio diasaskan pada November 2014 oleh William Li dan syarikat ini sinonim dengan syarikat pengeluar kenderaan elektrik yang fokus kepada teknologi hijau.

NIO Inc. adalah pelopor dalam pasaran kenderaan elektrik premium di negara China. Pada bulan September 2018, syarikat Nio telah mengemukakan tawaran awam awal (IPO) bernilai USD1.8 bilion di New York Stock Exchange (NYSE). Kini NIO dikatakan salah sebuah pesaing kepada Tesla. Kenaikan tanpa henti harga saham Tesla telah menyebabkan pemiliknya Elon Musk menjadi orang terkaya di dunia baru-baru ini.

Harga saham NIO kini masih dianggap murah dan takkan kita nak tengok sahaja bukan? Tunggu dah naik ratusan USD baru nak beli? Tapi nanti dahulu, sebelum beli saham NIO, kenalah ada ilmu terlebih dahulu. Pastikan kita sudah bersiap sedia daripada segi ilmu pengetahuan untuk melabur di pasaran saham Wall Street sebelum bermula.

Jom kita berkenalan dengan NVIDIA pula.

NVIDIA CORPORATION (NVDA)

Pada tahun 1993, NVIDIA diasaskan oleh Jensen Huang, Chris Malachowsky dan Curtis Priem. NVIDIA adalah sebuah syarikat teknologi pengeluar cip komputer. Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam merekabentuk unit pemprosesan grafik yang digunakan di dalam komputer.

NVIDIA terkenal sebagai peneraju pasaran dalam reka bentuk unit pemprosesan grafik (graphics processing unit) untuk pasaran permainan dan juga sistem pada cip yang digunakan untuk pasaran pengkomputeran mudah alih dan automotif. Syarikat ini disenaraikan di pasaran Nasdaq pada Januari 1999 dengan harga cuma USD19.69 sesaham.

Sumber: DirectSourceNews

Catalyst Terkini Mengenai Kedua-Dua Buah Syarikat Ini

Sumber: GlobeNewswire

Baru-baru ini NVIDIA mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan bekerjasama dengan NIO untuk membangunkan kenderaan pemanduan automatik generasi baru. Kerjasama ini melibatkan NIO Adam Superkomputer dan dikuasakan dengan NVIDIA Drive Orin. Pengeluarannya dijangka akan bermula pada tahun 2022. Ini merupakan catalyst yang menarik kerana pentadbiran baru di bawah presiden yang baru iaitu Joe Biden sememangnya menyokong usaha yang melibatkan tenaga hijau.

Selain daripada itu, permintaan terhadap kenderaan berteknologi hijau akan semakin mendapat minat dan perhatian orang ramai dalam beberapa tahun yang akan datang.

Kenaikan Harga Saham NIO dan NVIDIA

Harga saham NIO pada 2 Januari 2020 yang lalu hanyalah pada USD3.72 dan kini harga saham NIO setakat 8 Januari 2021 adalah setinggi USD58.92. Kenaikan ini adalah sebanyak USD55.20 atau pun ROI sebanyak 1483.87%. Hebat bukan?

Sumber: Trading View

Sekarang kita lihat pula kenaikan yang dibuat oleh saham NVIDIA.

NVIDIA berharga USD239.91 pada 2 Januari 2020. Tahukah anda berapa harga NVIDIA yang terkini? Setakat 8 Januari 2021, harga saham NVIDIA telah mencecah setinggi USD531.07. Kenaikan ini adalah sebanyak USD291.16 atau pun ROI sebanyak 121.36% dalam masa setahun.

Sumber: Trading View

Kenaikan NVIDIA mungkin bukanlah setinggi peratusan saham NIO tetapi ia dianggap sudah sangat memadai dan boleh dikatakan pelaburan yang sangat baik dalam masa setahun.

Adakah saham NIO dan NVIDIA masih ada peluang? Sudah tentulah ada. Syarikat luar negara sekarang sedang berlumba-lumba untuk mencipta teknologi baru dan kita sebagai pelabur pula harus bijak mengambil peluang.

Jom kita rebut pula peluang untuk belajar melabur saham di Wall Street.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Terlepas sesi Wall Street yang pertama tahun lepas?

Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet


Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB

Related Posts

Bagaimana Bilis Tewaskan Jerung Di Wall Street
Global

Bagaimana Bilis Tewaskan Jerung Di Wall Street

02/02/2021
8 Fakta Menarik Tentang Intel Corporation (INTC)
Global

8 Fakta Menarik Tentang Intel Corporation (INTC)

01/02/2021
Top 5 Saham Sektor Teknologi Patuh Syariah Yang Paling Untung Di Wall Street
Global

Top 5 Saham Sektor Teknologi Patuh Syariah Yang Paling Untung Di Wall Street

26/01/2021
Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020
Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020

19/01/2021
Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020
Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020

13/01/2021
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?