• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Penurunan Penarafan Oleh Fitch Dijangka Tidak Diikuti Oleh S&P, Moody’s

in Berita
A A
Penurunan Penarafan Oleh Fitch Dijangka Tidak Diikuti Oleh S&P, Moody’s
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — RHB Research percaya penurunan penarafan oleh Fitch Ratings terhadap penarafan kemungkiran penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ daripada ‘A-’ dijangka tidak akan diikuti oleh Standard & Poor’s (S&P) dan Moody’s dalam tempoh beberapa bulan akan datang. 

Firma penyelidikan itu berkata selepas pandemik COVID-19, pihak berkuasa fiskal Malaysia dijangka akan terlibat dalam strategi pengukuhan fiskal yang menyeluruh.

Dalam nota hari ini, ia melihat trajektori hutang am kerajaan Malaysia sebagai mampan berdasarkan unjuran sederhana RHB Research untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), inflasi, kadar faedah dan kadar pertukaran. 

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Firma penyelidikan itu berkata walaupun hutang am kerajaan pada 2019 kepada nisbah KDNK sebanyak 65.2 peratus lebih tinggi daripada median sebanyak 59.2 peratus daripada rakan-rakan Malaysia dan dijangka meningkat pada 2020 serta berpotensi pada tahap tertentu pada 2021, trajektori kemampanan hutang kekal kukuh.

Ia menjangka keadaan mudah tunai domestik dan luaran terus mencukupi.

“Kami tidak bersetuju dengan penggunaan ‘aset cair dan liabiliti cair’ oleh Fitch dalam penilaiannya terhadap kedudukan mudah tunai luaran Malaysia berikutan apa yang cair dan apa yang tidak cair dari segi pelbagai aspek perniagaan dan kitaran pasaran adalah bersifat subjektif.

“Metrik lain yang diberi tumpuan oleh Fitch ialah penampan modal bank domestik dan tahap kualiti aset, (yang) ganjil berikutan perubahan yang berlaku dalam dasar sektor perbankan tidak khusus untuk Malaysia tetapi berlaku di negara-negara lain di rantau ini,” katanya.

Ia menyifatkan penggunaan metrik Bank Dunia untuk mengukur tadbir urus dalam proses penggubalan dasar Malaysia dan menggunakannya sebagai input utama dalam model penarafan Fitch sebagai “tidak tepat dari segi analisis.”

“Lebih banyak kepada pendekatan bawah-atas untuk mengukur prospek masa depan tadbir urus dan impak kepada proses penggubalan dasar di Malaysia adalah metodologi yang betul pada pandangan kami,” katanya. 

RHB Research turut menjangka pasaran bon ringgit terus disokong berikutan bon yang dinamik adalah baik berdasarkan sokongan berterusan daripada pelabur institusi dalam pesisir dan masih menarik hasil sebenar.

Menurut firma penyelidikan itu, Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) untuk tempoh 10 tahun masih memberikan hasil sebenar yang menarik melebihi 4.0 peratus.

Katanya sebarang penjualan bon dan ekuiti adalah terhad dan bersifat sementara.

“Bagi ringgit, kami percaya reaksi selepas penurunan penarafan oleh Fitch akan menjadikan mata wang itu susut sedikit kepada 4.1 sebelum stabil pada paras itu,” katanya.

Sementara itu, AmBank Research berkata ia masih tidak jelas sama ada S&P dan Moody’s akan mengikut jejak langkah Fitch.

Bagaimanapun, katanya penurunan penarafan itu menekankan keperluan untuk terus mengukuhkan pembaharuan, ketelusan dan keterangkuman.

— BERNAMA 

Share211ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In