• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Peningkatan Peratusan Pekerja Mula Bekerja Antara Bukti Ekonomi Beransur Pulih- Tengku Zafrul

in Berita
A A
Peningkatan Peratusan Pekerja Mula Bekerja Antara Bukti Ekonomi Beransur Pulih- Tengku Zafrul
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) yang menunjukkan bahawa lebih kurang 12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja telah mula bekerja sehingga 2 Jun, 2020, adalah antara bukti aktiviti ekonomi negara dan perkhidmatan beransur pulih, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Data berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pada 17 Mei 2020.

Selain itu, jelas beliau, data DoSM juga melaporkan jualan perdagangan borong dan runcit bagi bulan Mei 2020,  meningkat sebanyak RM17.5 bilion atau 26.3 peratus kepada  RM84.4 bilion, berbanding April 2020.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

“Kita juga sudah jangkakan bahawa kadar pengangguran akan naik (5.3 peratus bagi Mei 2020 berbanding 5.0 peratus pada bulan April 2020), tetapi apa yang lebih penting adalah samada langkah-langkah pembukaan ekonomi dan pengekalan pekerjaan mempunyai impak positif ke atas kadar pekerja yang kembali bekerja,” katanya.

Beliau menjelaskan demikian dalam Laporan Laksana Ke-14, Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) & Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). 

Mengulas mengenai isu semasa dalam menangani impak COVID-19 kepada ekonomi, Tengku Zafrul turut memetik laporan Global Economic Prospects June 2020 (World Bank Group).

Laporan itu menyatakan selain Thailand, Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah negara yang melaksanakan pakej sokongan ekonomi yang luar biasa, yang memfokuskan kepada kesejahteraan dan kesihatan awam, penyediaan penjagaan, jaminan pinjaman, dan insentif perniagaan. 

Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata adalah penting untuk menyedari bahawa Malaysia masih belum bebas sepenuhnya, dan negara perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan keadaan boleh  bertambah buruk sebelum menjadi lebih baik.

Ini kerana, sebagai ekonomi terbuka, pemulihan negara juga sebahagiannya bergantung pada seberapa baik pemulihan ekonomi global.

“Bagaimanapun, dalam negara kita, kita mempunyai kawalan yang lebih terhadap sesuatu keputusan. Salah satu usaha yang boleh kita ambil ialah mendapatkan bantuan awal untuk membayar semula kewajipan kewangan kita, sekiranya kita rasa kita perlukan lebih masa untuk mengatur kewangan kita pada tahap yang lebih kukuh,” kata beliau.

Beliau menambah bantuan boleh diperoleh daripada institusi kewangan atau Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk individu; Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS) untuk PKS; dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC) untuk syarikat lebih besar.

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In