• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Penguncupan IHP Ogos Seperti Dijangka, Penurunan OPR Selanjutnya Dijangka Tiada

in Berita
A A
Penguncupan IHP Ogos Seperti Dijangka, Penurunan OPR Selanjutnya Dijangka Tiada

Sumber Gambar : RHB Invest

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Penguncupan 1.4 peratus tahun ke tahun bagi Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Ogos 2020 — penurunan untuk enam bulan berturut-turut sejak Mac tahun ini — adalah seperti dijangkakan penganalisis berikutan harga runcit bahan api yang lebih rendah berbanding tahun lepas.

Menurut Jabatan Perangkaan, purata harga petrol RON95 menunjukkan penurunan pada Ogos 2020 iaitu RM1.68 per liter daripada RM2.08 pada Ogos 2019, manakala purata harga petrol RON97 susut kepada RM1.98 per liter daripada RM2.51.

Purata harga diesel pula turun kepada RM1.81 per liter daripada RM2.18 pada bulan yang sama tahun lepas.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Mengulas mengenai IHP Ogos 2020, Ketua Penyelidik Ekonomi ASEAN RHB Investment Bank Peck Boon Soon berkata selain harga runcit bahan api yang lebih rendah, permintaan yang lembap akibat impak COVID-19 turut menyebabkan harga kekal rendah.

Di sebalik kadar inflasi yang negatif itu, Peck yakin Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 1.75 peratus untuk tempoh yang berbaki tahun ini.

“Melainkan harga minyak, inflasi masih meningkat dengan mencatat kenaikan 0.2 peratus pada Ogos 2020 berbanding Julai 2020.

“Malah, dengan keadaan ekonomi yang semakin baik secara berperingkat selepas pelonggaran sekatan pergerakan keluar masuk dan seterusnya, dijangka meningkat pada 2021, kami berpendapat BNM tidak akan menurunkan lagi OPR,” katanya kepada Bernama.

Memperincikan mengenai pelarasan OPR, Peck berkata, keseimbangan perlu wujud berikutan kadar faedah yang terlalu rendah dijangka tidak menggalakkan simpanan dan mendorong orang ramai untuk mengambil risiko yang lebih tinggi.

“Ini akan menyebabkan wujudnya lebih banyak ketidakseimbangan kewangan dan orang ramai mungkin terlibat dalam kategori pelaburan permainan wang,” katanya.

Senada dengan RHB Investment Bank, MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research) turut menjangkakan BNM tidak akan menurunkan OPR untuk sepanjang tahun ini berikutan aktiviti ekonomi yang disambung semula.

“Pengurangan sebanyak 125 mata asas secara terkumpul dalam OPR pada awal tahun ini sudah cukup untuk memberikan sokongan dasar monetari yang akomodatif kepada ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu nota.

BNM dijadual mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang terakhir untuk tahun ini pada 3 November depan.

Mengenai prospek IHP, MIDF Research telah menyemak semula sasaran IHP dengan menurunkan kepada -1 peratus tahun ke tahun bagi 2020 berbanding jangkaan sebelumnya iaitu – 0.5 peratus  tahun ke tahun daripada 0.7 peratus tahun ke tahun pada 2019 kerana tekanan inflasi yang dijangkakan akan terus rendah dalam melangkah ke hadapan.

“Kenaikan harga minyak mentah diunjur kekal perlahan berikutan kebimbangan mengenai permintaan yang meningkat, terutamanya akibat pertambahan kes COVID-19.

“Selain itu, pelaksanaan diskaun bil elektrik oleh kerajaan sehingga akhir tahun ini akan mengurangkan sebahagian daripada impak caj utiliti kepada pengguna, justeru mewujudkan tekanan penurunan terhadap IHP,” katanya.

Mengenai tabiat perbelanjaan pengguna, MIDF Research berpendapat perbelanjaan untuk barangan yang tidak penting dan perbelanjaan domestik secara keseluruhan akan mengambil masa untuk pulih.

“Pengguna mungkin menangguhkan rancangan perbelanjaan mereka kerana bimbang mengenai kewangan peribadi pada masa depan dan prospek pasaran pekerjaan,” tambahnya.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan hari ini mengumumkan IHP Malaysia yang menilai kadar inflasi negara, turun 1.4 peratus tahun ke tahun kepada 120.1 pada Ogos 2020 berbanding 121.8 sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan indeks secara keseluruhan dipengaruhi oleh penurunan indeks pengangkutan (-9.9 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (-3.0 peratus); pakaian dan kasut (-0.6 peratus) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (-0.1 peratus) yang menyumbang 45.7 peratus daripada keseluruhan wajaran.

Bagaimanapun, berasaskan bulanan, IHP meningkat 0.2 peratus berbanding Julai 2020 disebabkan kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.7 peratus), pengangkutan (0.4 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.2 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (0.1 peratus), minuman alkohol dan tembakau (0.1 peratus), indeks kesihatan (0.1 peratus) serta restoran dan hotel (0.1 peratus).

–BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In