• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Penggabungan Celcom-Digi, Untung Bersih Axiata Melonjak Kepada RM9.77 Bilion

in Catalyst
A A
Axiata, Touch Group Mahu Teroka Sinergi Memperkukuh Syarikat Telekomunikasi, Infrastruktur ICT
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Axiata Group Bhd melonjak kepada RM9.77 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 (TK22) daripada RM818.90 juta bagi tempoh sama sebelumnya.

Prestasi itu didorong oleh peningkatan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dan keuntungan bersih sekali daripada penggabungan Celcom-Digi.

Jumlah perolehan hasil turut menokok kepada RM21.73 bilion daripada RM19.99 bilion dalam TK21, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum

Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion

Haily Group Dapat Kontrak Perumahan RM32.7 Juta Di Johor

Susulan itu juga, EBITDA kumpulan meningkat sebanyak 7.8 peratus tahun ke tahun kepada RM9.60 bilion dengan pertumbuhan merentasi kesemua syarikat yang beroperasi, kecuali operasi mudah alih di Sri Lanka dan Nepal.

Dalam TK22,  Axiata terus mencatat kecemerlangan kos dengan mencapai penjimatan perbelanjaan modal sebanyak RM1.07 bilion.

“Kumpulan menutup tahun itu dengan lembaran imbangan yang kukuh apabila hutang kasar/EBITDA susut kepada 2.9 kali berbanding dua suku sebelumnya terutama dipengaruhi oleh hutang lebih tinggi bagi membiayai pengambilalihan menara Link Net dan ISOC Filipina namun dinormalisasi oleh hasil daripada penggabungan dan pengambilalihan (M&A) yang telah selesai.

“Baki tunai adalah kekal sihat pada RM7.5 bilion,” kata Axiata.

Selain itu, pengiktirafan pendapatan Celcom bagi tempoh 11 bulan menyaksikan hasil bukan peranti berkurangan sebanyak 3.7 peratus kepada RM5.7 bilion (atas dasar sama rata, pendapatan bukan peranti meningkat 5.7 peratus).

Menurutnya, pengurusan kos yang berterusan dan ketiadaan susut nilai 3G yang dipercepat, bagaimanapun mencerminkan pertumbuhan EBITDA yang positif sebanyak 9.2 peratus.

Hasil bagi Indonesia naik sebanyak 11.2 peratus kepada RM8.63 bilion, terutamanya disebabkan oleh peningkatan hasil data prabayar, pertumbuhan dalam perniagaan pengiklanan digital dan jualan peranti yang lebih tinggi.

Perolehan hasil bagi Bangladesh turut meningkat sebanyak 2.5 peratus kepada RM4.05 bilion, terutamanya dipacu oleh peningkatan hasil daripada pertumbuhan perniagaan prabayar.

Selain itu bagi Sri Lanka, hasilnya susut sebanyak 14.8 peratus kepada RM2,515.7 juta, terutamanya akibat penurunan nilai rupee Sri Lanka berbanding ringgit berikutan krisis makroekonomi dalam negara itu.

Bagi tempoh suku keempat berakhir pada 31 Dis 2022, kumpulan itu mencatat keuntungan bersih pada RM9.97 bilion daripada RM116.02 juta, disumbangkan oleh baki pulangan penggabungan Celcom-Digi, peningkatan pulangan hasil pertukaran asing dan cukai lebih rendah yang diimbangi oleh susut nilai dan pelunasan dan kos kewangan.

Perolehan hasil meningkat sebanyak 9.3 peratus kepada RM5.83 bilion daripada RM5.34 bilion, sebelum ini.

Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Axiata Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata bagi tahun ini, kumpulan itu akan terus menekankan aspek ketahanan operasi dan kelancaran asas perniagaan dalam usaha meraih status syarikat teknologi (TechCo).

— BERNAMA

Tags: AxiataCelcom-Digisuku keempatTK22
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum
Catalyst

Bursa Kemuka Pertanyaan UMA Kepada AAX Selepas Kenaikan Harga Dan Volum

4 days ago
Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion
Catalyst

Ideal Property Lancar Taman Teknologi Pulau Pinang Bernilai RM4.2 Bilion

5 days ago
Haily Group Menang Kontrak RM52.30 Juta Daripada Unit Mah Sing
Catalyst

Haily Group Dapat Kontrak Perumahan RM32.7 Juta Di Johor

6 days ago
Unit Favelle Favco Terima Pesanan Belian Kren Menara Bernilai RM42.7 Juta
Catalyst

Favelle Favco Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM95 Juta

6 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In