• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelancongan Domestik Meningkat 12 Peratus Kepada RM92.6 Bilion Pada 2019 — DOSM

in Berita
A A
Pelancongan Domestik Meningkat 12 Peratus Kepada RM92.6 Bilion Pada 2019 — DOSM

Sumber Gambar : FB MyMOTAC

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Pelancongan domestik terus mencatatkan prestasi yang lebih baik tahun lepas dan berdasarkan laporan Akaun Satelit Pelancongan 2019, ia mencatatkan pertumbuhan dua digit 12 peratus kepada RM92.6 bilion.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, buat pertama kalinya sejak penyusunan Akaun Satelit Pelancongan pada tahun 2005, sumbangan perbelanjaan pelancongan domestik telah melebihi perbelanjaan pelancongan “inbound” pada tahun 2019.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata sumbangan perbelanjaan pelancongan domestik terhadap penggunaan keseluruhan pelancongan telah meningkat kepada 50.9 peratus daripada 48.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

“Prestasi yang baik ini disokong oleh aktiviti membeli-belah yang merupakan komponen terbesar dengan sumbangan 42.1 peratus, diikuti oleh pembelian bahan api kenderaan (16.7 peratus) dan makanan dan minuman (15.9 peratus),” katanya.

Mohd Uzir berkata perkembangan ini menggambarkan rakyat Malaysia semakin gemar melancong di dalam negara serta berbelanja untuk produk pelancongan tempatan.

“Trend ini juga dapat dilihat dalam tahun 2020 dengan segmen pelancongan domestik kembali rancak berikutan penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan  menyebabkan penutupan pintu sempadan antarabangsa oleh kerajaan bagi semua aktiviti pelancongan,” tambah beliau.

Sementara itu, perbelanjaan pelancongan inbound telah meningkat kepada RM89.6 bilion pada 2019 (2018: RM87.7 bilion) dengan pertumbuhan sebanyak 2.0 peratus berbanding 2.3 peratus pada tahun 2018.

Ini adalah selaras dengan peningkatan purata tempoh menginap dalam kalangan pelancong asing yang meningkat kepada 7.4 malam berbanding 6.5 malam pada tahun 2018.

“Sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi yang diukur melalui Nilai Ditambah Kasar Industri Pelancongan (NDKIP) merekodkan sumbangan 15.9 peratus berbanding 15.2 peratus pada tahun 2018.

“NDKIP telah mencecah nilai RM240.2 bilion berbanding RM220.4 bilion pada tahun sebelumnya dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 9.0 peratus (2018: 9.8 peratus),” katanya.

DOSM berkata sumbangan terbesar didominasi oleh perdagangan runcit (46.2 peratus), diikuti oleh makanan dan minuman (18.0 peratus) dan perkhidmatan khusus bercirikan pelancongan negara (12.3 peratus).

Mohd Uzir turut melaporkan bahawa guna tenaga dalam industri pelancongan pada tahun 2019 mengembang kepada 3.6 juta orang berbanding 3.5 juta pada tahun 2018 yang menyumbang 23.6 peratus kepada jumlah guna tenaga.

Sebahagian besar daripada guna tenaga dalam industri pelancongan adalah diterajui oleh perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman dan perdagangan runcit dengan masing-masing menyumbang 34.7 peratus dan 32.5 peratus.

Mengulas mengenai situasi semasa wabak COVID-19, beliau berkata aktiviti pelancongan “inbound” akan terhenti akibat penutupan sempadan antarabangsa dan sehubungan itu, perlunya untuk menggalakkan dan memanfaatkan aktiviti pelancongan domestik bagi meningkatkan sumbangan pelancongan kepada ekonomi serta mengekalkan trend pekerjaan di sektor ini untuk tahun 2020.

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In