“Aku mana layak main saham, ni pelaburan orang kaya-kaya sahaja”
Dah masuk tahun 2022, tetapi masih ada orang yang beranggapan bahawa pelaburan saham ini hanya untuk orang kaya sahaja.
Alasan yang diberikan adalah kerana nak melabur saham ini perlukan modal yang besar. Jika tak besar susah nak untung dalam pelaburan saham.
Hakikatnya kata-kata di atas adalah tidak benar sama sekali. Kerana pelaburan saham ini boleh bermula dengan modal serendah RM2,500 sahaja atau mungkin lebih rendah lagi daripada itu.
Modal pelaburan saham ini adalah duit lebihan yang kita ada dan yang kita sanggup letakkan risiko kepada duit tersebut dalam pasaran saham.
Jangan guna duit pinjaman atau duit perbelanjaan harian pula, terseksa jika modal pelaburan tersebut hangus di pasaran saham.
Baca: 4 Ketakutan Dalam Pasaran Saham Yang Menghantui Pelabur
“Betul ke boleh melabur saham dengan modal rendah? Mana buktinya?”
Mari kita lihat bukti pelaburan saham dengan modal kecil tetapi boleh untung besar.
Modal RM1,000 Saja Tapi ROI Cecah Lebih 70%
Jika kita rujuk portofolio saham di atas, ada dua saham yang berada dalam portfolio tersebut. Setiap satu saham ini dibeli dengan modal sekitar RM1,000 sahaja.
Saham pertama dengan modal kasar sekitar RM1,010 dengan pembelian sebanyak 32 lot pada harga RM0.315 seunit telah meningkat sehingga 70% dan menjadikan untung bersih terhadap saham ini sebanyak RM720.
Saham kedua pula bermodalkan bawah RM1,000 dan membuat keuntungan sekitar 7% sahaja. Untung bersih daripada saham ini pula sekitar RM67.50. Cukuplah kalau nak beli sarapan pagi seisi keluarga.
Betul, pelaburan saham ini tidak semudah yang kita sangkakan, tetapi ianya juga tidak sesukar yang kita risaukan.
Perkara yang sukar itu akan jadi lebih mudah jika kita belajar dan mempunyai ilmu pelaburan yang betul.
Baca: Masih Tak Pernah Melabur Saham Pada Tahun 2022? Ini Peluang Keemasan Anda!
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 3 hari ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Tetapi jangan risau, yuran komitmen kami telah terbukti antara yang terendah di pasaran. Ramai terkejut dan susah nak percaya.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik nanti. Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Senang Saham