• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Pengalaman Saham

Pelaburan Saham Ini Bukan Selalunya Indah

in Pengalaman Saham
A A
Pelaburan Saham Ini Bukan Selalunya Indah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Kenapa ramai orang sudah mula terlibat dalam saham? Best sangat ke saham ini? Hari-hari boleh buat duit? Ramai pula sifu-sifu yang share portfolio keuntungan membuatkan lebih ramai orang yang berminat untuk melabur dalam pasaran saham.

Melihat kepada perkongsian seperti di atas, sudah tentu orang ramai akan tertarik dan ingin tahu bagaimana nak buat duit dengan jual beli saham. 

Berdasarkan pemerhatian penulis, majoriti orang yang melibatkan diri dalam pelaburan saham adalah :

Berkaitan

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?

Lelaki Ini Rugi 50%, Beli Waran Saham Tanpa Ilmu

  1. Orang yang ingin mencari pendapatan tambahan
  2. Orang yang terdesak mencari wang dengan cara mudah

Tiada masalah jika anda merupakan persona nombor satu iaitu anda ingin mencari pendapatan tambahan. Memang benar, harga barang kian meningkat dan inflasi juga sedang membebankan semua orang.

Cara untuk mengatasi inflasi adalah dengan melabur. Oleh itu, tahniah sekiranya anda melabur untuk mengatasi inflasi. 

Bagi situasi persona yang kedua pula, tidak dapat dinafikan ramai orang yang sedang dalam kesempitan dan terdesak memerlukan wang akan berfikir ‘bermain’ saham adalah caranya. 

Maka, di situlah kesilapan mindset pelabur baru. Yang pertama adalah kerana mereka melihat pelaburan saham ini umpama satu permainan. Jika kita melihat pelaburan saham sebagai satu permainan maka ia akan jadi perjudian. 

Kemudian, ramai juga yang gemar terjun ke dalam pelaburan saham tanpa ilmu kerana menyangka ianya mudah.

Ramai pelabur baru yang rugi besar kerana tiada ilmu yang mencukupi. Jika anda masih fikir pelaburan saham itu sentiasa indah, fikirkan sekali lagi. 

Bukan itu sahaja, pasaran saham juga sangat mudah bertindak balas terhadap sebarang sentimen atau catalyst yang boleh mempengaruhi emosi pelabur.

Ketika ada sahaja sentimen yang kurang baik contohnya seperti kenaikan kes harian COVID-19, sektor-sektor di Bursa Malaysia turut mendapat kesannya.

Indeks FBM KLCI pula pada tahun ini menampakkan trend menurun ataupun downtrend. Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk membuat uptrend, FBM KLCI sering pancit apabila telah mencecah paras 1,600 mata.  Jika anda tidak cukup bersedia, anda mungkin membuat kerugian sebaliknya. 

Sumber : Trading View

Kesimpulannya, pelaburan saham bukan selalunya indah seperti yang anda sangkakan. Ramai pelabur dan pedagang yang menyerah kalah pada tahun pertama mereka terlibat dalam pelaburan saham. 

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak sumber bacaan dan tempat untuk anda belajar saham. 

Jika anda masih newbie, panduan di bawah adalah untuk anda sebelum melangkah ke dalam pelaburan saham. 

Baca : Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Bila anda sudah melangkah ke dalam pelaburan saham, anda perlu berwaspada terhadap saham-saham ini.

Baca : Awas! Dengan 4 Jenis Saham Ini

Semoga berjaya dalam pasaran saham!


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Share302ShareSend

Related Posts

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang
Pengalaman Saham

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

8 months ago
Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?
Pengalaman Saham

Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?

1 year ago
Lelaki Ini Rugi 50%, Beli Waran Saham Tanpa Ilmu
Pengalaman Saham

Lelaki Ini Rugi 50%, Beli Waran Saham Tanpa Ilmu

1 year ago
Saham Yang Dulunya Terciduk Kini Bersinar Semula
Pengalaman Saham

Saham Yang Dulunya Terciduk Kini Bersinar Semula

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In