• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelabur Asing Jual RM558.4 Juta Ekuiti Tempatan Dalam Tempoh 14 – 19 Sept

in Berita
A A
Dana Asing Pembeli Ekuiti Tempatan Pada 7-11 Sept

Sumber Gambar : LinkedIn Bank Islam

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Pelabur asing telah menjual sejumlah RM558.4 juta bersih ekuiti tempatan di Bursa Malaysia dalam tempoh 14-19 Sept, 2020 berbanding RM71.2 juta bersih yang diperoleh dalam tempoh 7-12 Sept, 2020 sebelumnya.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata pelabur antarabangsa Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga pada hari Isnin dengan mengeluarkan sejumlah -RM187.9 juta bersih ekuiti tempatan.

Meskipun demikian, bursa tempatan meningkat 0.4 peratus, disokong oleh aktiviti pembelian bersih oleh pelabur runcit yang membeli sehingga RM280.3 juta ekuiti tempatan dengan kebanyakan mereka mempertimbangkan prospek adanya vaksin COVID-19.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

AstraZeneca (AZN) mendedahkan bahawa ia telah menyambung kembali ujian klinikalnya terhadap vaksin COVID-19 yang digantung selepas pesakit yang diuji jatuh sakit.

Sementara itu, beliau berkata saluran berita China melaporkan “ratusan ribu” penduduknya telah diberikan vaksin COVID-19 yang berkesan, tanpa meninggalkan kesan buruk yang berkaitan.

Aktiviti jualan bersih asing meningkat sedikit kepada –RM223.0 juta pada Selasa menjelang cuti umum sambutan Hari Malaysia keesokan harinya..

Ini walaupun selepas Beijing mengumumkan angka pengeluaran perindustrian dan jualan runcit untuk bulan Ogos, masing-masing meningkat 5.6 peratus dan 0.5 peratus daripada tahun terdahulu, yang mengesahkan pemulihan ekonomi sedang berjalan.

Bagaimanapun, pelabur runcit dan institusi tempatan, masing-masing membeli semula sehingga RM153.6 juta dan RM69.3 juta pada Selasa, sekali gus menolak naik indeks FBM KLCI 1.3 peratus lebih tinggi kepada 1,531.3 mata, penutup paling tinggi dalam tempoh lebih daripada dua minggu.

“Minat belian mungkin lebih tertumpu kepada sektor perbankan kerana ia dilihat lebih stabil dalam jangka panjang, terutamanya apabila moratorium sepenuhnya akan secara bersasar mulai 1 Okt, 2020.

“Oleh itu, tidaklah mengejutkan apabila Indeks Kewangan Bursa Malaysia meningkat 2.1 peratus, meraih keuntungan terbesar dalam kalangan sektor-sektor lain,” kata beliau kepada Bernama.

Ketika Bursa Malaysia dibuka semula pada Khamis selepas cuti umum sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept, jualan bersih asing turun kepada -RM84.6 juta bersih.

Aliran keluar bersih asing bursa pada Khamis sejajar dengan rakan bursa serantau yang lain seperti Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Indonesia, dan Filipina selepas Rizab Persekutuan AS menyatakan ia akan mengekalkan kadar faedah rendah untuk tahun-tahun mendatang tetapi gagal untuk mengumumkan sebarang langkah rangsangan seterusnya.

Di peringkat korporat, Adam berkata keuntungan bersih sukuan terbaik Top Glove iaitu RM1.29 bilion bagi suku keempat tahun kewangan 2020 telah mendorong aktiviti pengambilan untung, sekali gus menyaksikan harga sahamnya jatuh sebanyak 7.6 peratus.

Ini diikuti oleh Indeks FBM KLCI yang ditutup 1.2 peratus lebih rendah kepada 1,513.1 mata pada Khamis.

Momentum penjualan bersih asing terus melorot kepada -RM63.0 juta pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada data positif pasaran tenaga kerja AS yang menunjukkan tuntutan pengangguran turun sebanyak 33,000 kepada 860,000 pada minggu sebelumnya.

Selain daripada itu, pergerakan niaga hadapan minyak sawit mentah yang melonjak melepasi RM3,000 satu tan pada Jumaat juga merupakan satu lagi pemangkin untuk pelabur asing mengurangkan aktiviti jualan mereka.

Berdasar tempoh sejak awal tahun sehingga kini, dana asing telah mengeluarkan -RM21.41 bilion bersih ekuiti tempatan, melebihi -RM19.49 bilion aliran keluar bersih asing pada 2015.

Malaysia mempunyai aliran keluar bersih asing ketiga terkecil berdasarkan tempoh sejak awal tahun sehingga kini berbanding rakan serantau Asia yang lain seperti Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Korea Selatan dan Taiwan mempunyai      aliran keluar bersih asing terbesar, masing-masing melebihi -AS$20 bilion.

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In