KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Parkson Holdings Bhd yakin dengan pertumbuhan industri runcit di China apabila perbelanjaan pengguna meningkat kukuh di tengah-tengah kawalan efektif pandemik COVID-19 di negara tersebut.
Pengerusinya Tan Sri Cheng Heng Jem dalam Laporan Tahunan 2020 yang dikeluarkan hari ini berkata, pengendali gedung membeli belah itu akan terus melaksanakan strategi aktif dan berhemat untuk mengembangkan sumber pendapatannya.
“Justeru, kumpulan terus yakin dengan industri runcit di China meskipun pelbagai cabaran yang dihadapi tahun ini, terutamanya kelembapan ekonomi dan impak yang disebabkan oleh COVID-19,” katanya.
Bagi rantau Asia Tenggara, persekitaran operasi kekal mencabar di tengah-tengah persaingan sengit dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Penekanan akan banyak diberikan kepada pengekangan kos, menambah baik produktiviti gedung dan mengoptimumkan kecekapan operasi bagi menambah baik keputusan,” kata Cheng.
Parkson memiliki 41 gedung membeli belah di China, empat di Vietnam dan 15 di Indonesia. Di Malaysia, ia memiliki 42 gedung di seluruh negara.
Sementara itu, Parkson mencatatkan kerugian bersih dalam suku keempat yang berakhir 30 Jun, 2020, kepada RM209.25 juta daripada RM42.12 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.
Bagi prestasi tahun kewangan penuh 2020, ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM427.28 juta daripada RM129.18 juta tahun sebelumnya.
Keseluruhan hasil jatuh kepada RM3.2 bilion daripada RM4.03 bilion pada Tahun Kewangan 2019.
Bahagian runcit Parkson merekodkan penurunan hasil 19 peratus atau RM3.2 bilion dengan keuntungan operasi rendah sebanyak RM110 juta.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards