• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Paramount Kekal Yakin Dengan Unjuran Sektor Hartanah Pada Separuh Kedua 2020

in Catalyst
A A
Paramount Kekal Yakin Dengan Unjuran Sektor Hartanah Pada Separuh Kedua 2020

Sumber website Paramount Property

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Paramount Corporation Bhd kekal yakin dengan prospek sektor hartanah di pasaran pesat membangun, terutama di Malaysia, pada separuh kedua 2020 walaupun wujud ketidaktentuan akibat krisis COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Jeffrey Chew Sun Teong berkata kadar pembelian hartanah dijangka pulih pada separuh kedua 2020 susulan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pasaran pekerjaan kita amat stabil jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat, dan itu bagi perkhidmatan awam.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

“Kita juga mempunyai beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bagi mereka adalah sukar untuk memberhentikan pekerja kerana kerajaan mahu melindungi pekerjaan,” katanya semasa taklimat media mengenai prestasi kewangan separuh pertama 2020 syarikat itu di sini, hari ini.

Beliau berkata selain pasaran pekerjaan, Malaysia juga memiliki kekuatan lain untuk menyokong pemulihan ekonomi dalam melangkah ke hadapan, termasuk statusnya sebagai negara berasaskan komoditi.

“Harga minyak mentah global sedang menstabil dan ia dicatatkan sebelum tempoh pemulihan penuh Perintah Kawalan Pergerakan. Apabila keadaan kembali seperti lazim sepenuhnya, harga minyak mentah akan terus meningkat. Ini baik untuk Malaysia memandangkan kita merupakan antara pengeluar minyak mentah,” katanya.

Chew berkata selain itu persekitaran kadar faedah rendah, ditambah dengan pelaksanaan semula Kempen Pemilihan Rumah pada Jun 2020, dijangka meningkatkan pembelian hartanah.

Setakat 30 Jun, 2020, jualan belum dibilkan Paramount  bernilai RM873 juta, dengan beberapa projek yang masih dijalankan dan dijadualkan siap tahun ini, termasuk Suasana di Utropolis Batu Kawan dan Urbano di Utropolis Glenmarie.

Ia juga dijadual melancarkan lima projek hartanah baharu pada separuh kedua 2020, kebanyakannya dalam suku ketiga, dengan anggaran nilai keseluruhan RM640 juta, iaitu di Sepang, Klang, Cyberjaya, Shah Alam dan Sungai Petani.

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

3 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

3 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In