• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Paramount Corporation Sasar Lancar Hartanah Bernilai RM1 Bilion Tahun Depan

in Catalyst
A A
Paramount Corporation Sasar Lancar Hartanah Bernilai RM1 Bilion Tahun Depan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Paramount Corporation Bhd (Paramount Corporation) menyasarkan untuk melancarkan hartanah bernilai RM1.0 bilion menjelang tahun depan susulan momentum jualan terus kukuh dalam industri hartanah.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kumpulan Jeffrey Chew Sun Teong berkata syarikat itu optimis untuk mencapai sasaran jualan berikutan prestasi kukuhnya pada separuh pertama 2023.

“Kami perlu mempunyai hasil sebanyak RM1 bilion atau lebih, ini bermakna hartanah Paramount Corporation yang dilancarkan perlu bernilai lebih daripada RM1 bilion,” katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai keputusan separuh pertama tahun kewangan 2023 Paramount Corporation di sini hari ini.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Tambahan pula, Paramount Corporation hanya mempunyai satu kawasan sahaja di wilayah utara tetapi kini ia mempunyai dua kawasan iaitu Batu Kawan di Pulau Pinang dan Sungai Petani di Kedah.

“Kedua-dua kawasan masih ada tanah yang masih boleh kita cari untuk tanah baharu. Sebagai contoh, di Sungai Petani, kami membeli tanah seluas 137 ekar (kira-kira 55.44 hektar) dan kami masih mencari satu lagi tanah dan ia masih dalam perbincangan. Kami berharap dapat melakukan sesuatu dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau juga berkata kumpulan itu berhasrat untuk memiliki lebih banyak tanah di Klang, Selangor sebagai kawasan baharu untuk pelancaran pertamanya.

“Kami mendapat lebih banyak tanah di sana dan saya berpendapat bahawa Klang adalah kawasan akan membuat kehadiran kami dirasai dan kediaman pertama kami iaitu Berkely Uptown, Klang merupakan projek kami yang berjaya sebelum Paramount Corporation terlibat dalam hab komersial.

“Semoga ia dapat menghidupkan tempat itu dan kumpulan boleh melancarkan lebih banyak projek lagi,” katanya.

Kumpulan itu juga melihat lima hingga enam lokasi di Lembah Klang dan dua lokasi di wilayah utara yang mereka akan menjalankan projek untuk membeli lebih banyak tanah dalam kawasan itu.

Selain itu, Paramount Corporation sedang mencari untuk membangunkan satu lagi projek di Bangkok, Thailand selepas pelancaran Na Reva, sebuah projek kondominium premium 29 tingkat.

Untuk separuh kedua 2023, Chew berkata kumpulan itu menyasarkan untuk melancarkan hartanah bernilai RM0.7 bilion bernama The Ashwood terletak di U-Thant, kawasan elit di Kuala Lumpur.

Selain daripada pelancaran baharu, permintaan untuk produk sedia ada dijangka berdaya tahan sepanjang tahun berikutan sambutan yang baik diterima.

Beliau berkata walaupun permintaan terhadap sektor hartanah pada masa ini telah kembali ke paras normal seperti sebelum pandemik, bekalan pembangunan hartanah terutamanya di kawasan bandar telah menurun dengan ketara.

Beliau berkata rekod baharu kumpulan itu bagi jualan tidak dibilkan sebanyak RM1.5 bilion setakat 30 Jun 2023 akan memberikan sedikit keterlihatan pada aliran tunainya dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanapun, tempoh ia boleh ditukar kepada pengebilan akan bergantung pada kemajuan pembinaan projek,” katanya.

Setakat 30 Jun 2023, tanah belum dibangunkan kumpulan itu berjumlah 196.92 hektar.

Bahagian hartanah kumpulan itu menjual hartanah bernilai RM617 juta pada separuh pertama 2023, iaitu 45 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas.

Chew berkata kumpulan itu menerusi bahagian ruang kerja bersama akan meningkatkan operasinya pada separuh kedua 2023.

Beliau berkata ia termasuk pembesaran cawangan Tropicana Gardens sedia ada dan pembukaan dua ruang baharu di Lembah Klang.

“Kelima-lima ruang dalam bangunan itu merekodkan peningkatan penghunian tahun ke tahun berikutan pertumbuhan berterusan ekonomi. Tiga ruang teratas daripada segi sumbangan hasil ialah Shah Alam, Starling Mall dan Menara Naza,” katanya.

— BERNAMA

Tags: hartanahjualanParamount Corporationtanah
Share211ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In