• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Advertorial

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (24 Ogos 2020)

in Advertorial
A A
Opening Bell @ Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Tahun 2020 tahun yang mencabar bagi semua pelabur kerana penularan wabak Covid-19. Walaupun begitu, pasaran saham Wall Street berada di paras tertinggi walaupun Bursa Malaysia masih belum mencapai paras tertinggi.

Indeks Nasdaq dan S&P 500 berada di paras tertinggi yang baru dan dijangka akan terus membuat lonjakan.

Walaupun dengan risiko Covid-19, Nasdaq dan S&P 500 terus membuat kenaikan terutamanya oleh kaunter-kaunter teknologi dan memberi kesan positif kepada saham teknologi di Bursa Malaysia.

Berkaitan

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (7 Disember 2020)

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (30 November 2020)

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (23 November 2020)

Hanya Dow Jones belum berada di paras tertinggi ketika ini dan setakat ini di indeks-indeks utama di Amerika Syarikat belum lagi menunjukkan sell signal.

Catalyst di Wall Street

Apakah yang akan diperkatakan oleh Jerome Powell dalam konferens Jackson Hole pada hari Khamis (27 Ogos 2020)? Inilah yang akan diperhatikan oleh pelabur dan apakah isyarat-isyarat yang akan diberikan oleh Pengerusi The Fed ini dan apakah tindakan lanjut bank pusat khususnya halatuju penetapan kadar faedah di masa hadapan.

Politik di Amerika Syarikat menjelang pilihanraya Presiden AS pada bulan November. Apakah dasar-dasar yang dibawa oleh kedua-dua Parti Republikan dan Demokrat untuk menarik sokongan rakyat AS pada pilihanraya nanti? Ini yang akan menjadi perhatian pelabur.

Data ekonomi penting seperti data tempahan durable-goods (barang tahan lama) akan dikeluarkan pada hari Rabu, data tuntutan pengangguran dan juga inventori minyak mentah di AS masing-masing akan diumumkan pada hari Khamis.

Catalyst Bursa Malaysia

Syarikat-syarikat di bursa Malaysia telah mula mengumumkan laporan kewangan mereka pada minggu lalu. Dan dijangka pasaran akan menjadi volatile dalam tempoh terdekat ini. Pasaran akan terus memerhatikan laporan kewangan pada minggu ini kerana lebih banyak laporan yang akan dibentangkan oleh syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Mulai 26 dan 27 Ogos lebih banyak syarikat akan membentangkan laporan kewangan mereka.

Adakah market discount everything kerana data ekonomi yang kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. Secara mudahnya adakah para pelabur telah mengambil maklum tentang laporan yang akan dibentangkan? Walaubagaimanapun, pasaran tidak banyak terkesan dengan data-data tersebut tetapi sebagai pelabur kita haruslah berhati-hati dalam aktiviti perdagangan di Bursa Malaysia.

Pasaran pada minggu lepas menunjukkan jumlah dagangan yang semakin berkurang berbanding minggu-minggu sebelum itu yang beberapa kali memecah rekod tertinggi dalam sejarah.

Pada minggu lepas kira-kira 30 billion unit saham didagangkan berbanding pada minggu-minggu sebelum itu yang mencecah 80 billion saham. Ini adalah satu kejatuhan yang drastik berkemungkinan pelabur mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat laporan-laporan kewangan yang akan dibentangkan pada minggu ini.

Dan menariknya, sekian lama nett buyer datangnya daripada pelabur runcit dan sebaliknya berlaku pada minggu lepas apabila pelabur runcit menyumbang kepada net selling di Bursa Mlayasia. Sebagai pedagang runcit, data ini penting untuk kita perhatikan.

Jadi, kemanakah arah kita pada minggu ini?

FBM KLCI masih lagi berlegar-legar di sekitar 1570 hingga 1600 mata dan berada di paras sokongan yang kuat. Buat masa ini belum ada tanda-tanda ke manakah FBM KLCI akan pergi ia telah berada dalam keadaan sideways dalam jangka masa yang lama.

Jom kita lihat sektor teknologi di Bursa Malaysia kerana ini adalah tumpuan pasaran tempatan dan juga di Wall Street. Sektor ini sebenarnya sektor yang evergreen. Sektor semikonduktor menunjukkan data yang memberangsangkan walaupun dengan risiko Covid-19 sejak awal tahun.

Begitu juga indeks teknologi yang telah membuat kenaikan sehingga 50% pada tahun ini di mana ia sedang menuju ke paras tertinggi yang baru.

Adakah sektor teknologi akan menuju ke paras tertinggi yang pernah dicapai semasa tech bubble sekitar tahun 2000? Sektor teknologi juga kini berada di paras tertinggi 15 tahun yang lalu dan mungkin menuju ke paras tertinggi sekitar tahun 2000.

Bagaimana pula sektor penjagaan kesihatan? Mungkin saham-saham dalam sektor ini telah terlebih nilai dan para pelabur mungkin boleh mencari peluang di sektor teknologi atau sektor yang lain di Bursa Malaysia.

Share208ShareSend

Related Posts

Opening Bell @ Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri
Advertorial

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (7 Disember 2020)

3 years ago
Opening Bell @ Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri
Advertorial

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (30 November 2020)

3 years ago
Opening Bell @ Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri
Advertorial

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (23 November 2020)

3 years ago
Opening Bell @ Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri
Advertorial

Opening Bell @Bursa Malaysia Bersama Tuan Haji Mohd Asri (2 November 2020)

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In