Jom kita dengarkan pesanan daripada mentor pelaburan saham, Tuan Haji Mohd Asri tentang apa yang bakal berlaku dan apa yang perlu diperhatikan sepanjang minggu ini.
1. Kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di beberapa tempat, jumlah dagangan kembali naik. Minggu ini kita akan nampak sama ada ianya berupa kesan sementara atau kekal naik?
2. Dow Jones kembali naik melepasi paras 28,000 mata, Nasdaq pula turun 42 mata.
– Dalam masa tak sampai 2 minggu, pilihan raya presiden akan berlangsung di Amerika Syarikat
– Banyak syarikat yang akan mengumumkan prestasi kewangan minggu ini. Kita boleh rujuk di investing.com di bahagian Earnings Calendar
– Dow Jones futures juga naik, semuanya kelihatan baik untuk minggu ini
3. Komoditi:
– Minyak masih membuat sideways
– Emas berada di paras 1,900
4. Petunjuk pasaran bursa:
– KLCI masih tak dapat melepasi tahap rintangan 1,532 mata
– Mengalami penurunan pada hari Khamis dan jumaat
– Candle weekly, bearish harami
– Dana asing kekal penjual bersih (net seller), manakala dana tempatan dan pelabur runcit pembeli bersih (net buyer)
5. Sektor yang perlu dilihat untuk ambil peluang di dalam pasaran saham:
– Sektor teknologi telah naik selama 3 minggu berturut-turut, weekly masih uptrend yang kuat. Apakah akan melepasi paras ketinggian yang dulu? Apakah akan membuat tujahan yang seterusnya?
– ACE market kini berada di paras rintangan setelah 2 bulan kelihatan seperti tidur, apakah Breakout bakal berlaku?
– Sektor penjagaan kesihatan (healthcare) pula telah naik selama 5 minggu berturut-turut, apakah akan kembali ke paras tertinggi?
6. IPO:
– Langganan untuk IPO Mr DIY untuk pelabur runcit hanya 0.07x sahaja, permintaan yang sangat rendah
7. Perkara penting minggu ini:
– Pengumuman pendapatan (Earnings) syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, Netflix, Intel
– Pakej stimulus, belum ada kata putus
– Perkembangan vaksin dan peningkatan kes Covid-19 (sub-sektor vaksin dan gloves saling bertukar tangan)
8. Saham-saham kajian oleh pihak broker: Gtronic, Aemulus, Pmetal, Mahsing
9. Kelas screener pada 1 November nanti bersama Syazwan (Remisier RHB)
10. 23-25 Oktober kita ada Invest Smart oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
11. Webinar Saham Wall Street 24-25 Oktober akan diadakan oleh Tuan Mukhriz yang merupakan alumni
12. Pasaran dibuka pagi:
– Mahsing melonjak naik lagi
– Saham gloves terus menguasai pasaran
– Sektor healthcare dan teknologi terus menjadi tumpuan
13. THMA doakan agar dipermudahkan segala urusan kita semua dan terus sukses, terus dilimpahi rezeki yang luas. Moga kita semua menjadi pelabur bijak dan bertaqwa
Sumber video: https://www.facebook.com/hj.mohdasriahmad/videos/1247983058908732