KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Kumpulan NTPM Holdings menjual 100 peratus kepentingannya dalam NTPM Paper Mill (Bentong) Sdn Bhd (NTPM Bentong) dengan nilai RM27.5 juta secara tunai.
NTPM Holdings berkata anak syarikat milik penuhnya, Nibong Tebal Paper Mill Sdn Bhd, hari ini memeterai perjanjian dengan XSD International Paper Sdn Bhd untuk penjualan itu, yang termasuk pemilikan semua aset tidak alih dan aset alih NTPM Bentong, tetapi tidak termasuk semua mesin pertukaran, peralatan pejabat, cap dagangan dan liabiliti.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata NTPM Bentong telah mengalami kerugian secara berterusan dan mempunyai prospek yang kecil untuk pulih dalam masa terdekat.
Langkah itu akan membolehkan NTPM menyelaraskan aktiviti kumpulan dengan tumpuan yang jelas untuk memaksimumkan pulangan, menurut pengeluar kertas tisu dan produk penjagaan diri itu.
“Cadangan penjualan itu akan membolehkan NTPM merealisasikan pelaburannya dalam NTPM Bentong, sekali gus membolehkan NTPM menggunakan hasil daripada cadangan penjualan itu untuk modal kerja perniagaannya,” katanya.
Menurut NTPM, hasil tersebut akan digunakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh selesai.
— BERNAMA
Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->