PETALING JAYA, 12 Okt (Bernama) — MYNEWS Holdings Bhd (MYNEWS) merancang untuk membuka 500 cawangan CU, jenama rantaian kedai serbaneka yang popular Korea Selatan di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan premis pertama dijangka dibuka pada awal tahun depan.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MYNEWS, Dang Tai Luk berkata syarikat itu memperuntukkan sehingga RM40 juta untuk dua tahun pertama perjanjian pelesenannya dengan BGF Retail Co Ltd., pengendali kedai serbaneka terbesar Korea Selatan dan pemilik jenama CU.
”Tahun depan, kami merancang untuk membuka sekitar 30 hingga 50 cawangan CU tetapi kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga berikutan ketidaktentuan yang disebabkan oleh pandemik pada masa ini,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian itu di sini hari ini.
Memandangkan gelombang budaya Korea (K-wave) terus mendapat populariti di negara ini, Dang berkata kemasukan CU ke dalam landskap runcit akan menjadikan budaya K-wave lebih menarik dan diterima baik.
”Membangun dan mengendalikan salah satu jenama kedai serbaneka terkemuka dari Korea Selatan, bersama-sama dengan jenama MYNEWS tempatan kami adalah sejajar dengan visi kumpulan untuk menawarkan pilihan menarik kepada rakyat Malaysia dan memperkayakan pengalaman membeli-belah mereka,” katanya.
Dang berkata CU akan membuka peluang pertumbuhan baharu dan meningkatkan keupayaan syarikat bagi memenuhi permintaan pengguna.
Ia juga akan meningkatkan penggunaan pusat pemprosesan makanan berskala besar MYNEWS disebabkan CU juga, merupakan destinasi popular bagi penawaran makanan segar, katanya.
”Semangat dan minat kami tetap sama, iaitu kemudahan runcit. Tambahan satu lagi jenama terkemuka kepada kumpulan kami menggambarkan semangat keusahawanan, kemampuan untuk meningkatkan diri serta keupayaan berinovasi kami bagi menyelaraskan dan menyesuaikan diri dengan masa yang berubah-ubah,” tambahnya.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards