KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Model perniagaan MR D.I.Y. Group (M) Bhd yang berdaya tahan akan terus menggalakkan pertumbuhan pendapatan yang mampan, didorong oleh pengembangan rangkaian dan pertumbuhan jualan kedai yang sama (SSSG).
RHB Research dalam nota hari ini berkata jurang penilaian antara Mr DIY dan saham pengguna permodalan besar yang lain akan berkurangan berdasarkan asas syarikat yang kukuh, profil pertumbuhan yang baik dan potensi penyertaannya dalam FBM KLCI.
“Pada asasnya, kami yakin pengagihan pendapatan yang konsisten dan potensi pertumbuhan yang mampan — berikutan pertumbuhan industri pembaikan rumah yang kukuh dan sumbangan yang meningkat daripada jenama baharu dalam jangka masa panjang — akan menjadi pemangkin kepada penarafan semula saham,” katanya.
Firma penyelidikan itu berkata dari segi penilaian, Mr DIY diniagakan pada diskaun tidak wajar kira-kira 16 peratus berbanding saham pengguna permodalan besar walaupun mempunyai profil pertumbuhan pendapatan yang baik.
“Kami menjangka jurang itu akan berkurangan berdasarkan sasaran pasaran saham pengguna patuh Syariah yang besar dan kemungkinan yang tinggi untuk penyertaan Mr DIY dalam FBM KLCI dalam semakan semula yang akan datang,” katanya.
Katanya pendapatan MR DIY untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 naik 13 peratus kepada RM2.56 bilion daripada RM2.27 bilion pada tahun kewangan 2019 manakala keuntungan bersihnya meningkat kepada RM337.16 juta daripada RM317.56 juta sebelum ini.
Oleh itu, RHB Research mengekalkan saranan “beli” ke atas saham Mr DIY dan menyemak semula harga sasaran kepada RM3.95 daripada RM3.20 sebelum ini.
— BERNAMA
Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB