• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Maxis Sasar Jadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Lancar 5G

in Berita
A A
Maxis Sasar Jadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Lancar 5G
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Maxis Bhd menyasar menjadi syarikat telekomunikasi pertama melancarkan perkhidmatan 5G di Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Gokhan Ogut.

“Kami merupakan syarikat pertama melancarkan 4G dan kami mahu terus berbuat demikian,” katanya sambil menambah Maxis telah bersedia untuk melancarkan rangkaian 5G dan kini sedang menunggu kerajaan mengeluarkan spektrum. 

Pada Julai, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata keputusan sama ada spektrum 5G 700 MHz akan diperuntukkan kepada satu konsortium atau pemegang lesen individu masih sedang dibincangkan.

Berkaitan

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Gokhan berkata perancangan pelaksanaan 5G Maxis telah bermula sejak 2018 lagi apabila syarikat itu menyertai pelbagai percubaan makmal dan lapangan.

“Pada Oktober tahun lepas, kami telah menyiapkan persediaan teknikal kami dari segi pelaburan dalam rangkaian semasa dan peralatan dengan rakan kongsi jangka panjang kami. 

“Bagi menyediakan perkhidmatan 5G, kami telah menyelesaikan pemilihan peralatan kami. Jadi, sejak itu, kami telah bersedia untuk melancarkan 5G,” katanya semasa sidang akhbar maya selepas pelancaran tujuan jenama baharu Maxis hari ini. 

Beliau berkata tujuan jenama baharu itu diperkenalkan bersempena dengan ulang tahun ke-25 Maxis dan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-63, yang bertujuan untuk memacu penggunaan teknologi terbaik bagi membantu masyarakat, perniagaan dan negara untuk  ‘Sentiasa Berada di Hadapan’ dalam dunia yang berubah.

Menurutnya, pengenalan tujuan jenama baharu itu juga merupakan sebahagian daripada pelan transformasi lima tahun Maxis untuk menjadi syarikat penyelesaian konvergen utama.

“Kami percaya tujuan jenama baharu ini akan membantu kami mencapai visi kami, harapnya lebih awal daripada yang kami sasarkan, yang akan menyumbang kepada keputusan perniagaan yang lebih baik,” katanya. 

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Maxis akan melancarkan beberapa siri program pendigitalan bagi individu dan perniagaan sepanjang tahun ini dan akan menawarkan tawaran istimewa bersempena dengan sambutan ulang tahunnya.

Program pendigitalan itu terdiri daripada beberapa siri inisiatif bagi menyediakan bantuan dan kemahiran asas untuk mempercepat penggunaan digital dalam masyarakat di seluruh negara. 

Inisiatif itu termasuklah program keselamatan siber bagi pelajar eKelas di sekolah dan 82 pusat Internet di seluruh negara, dan Digital 101 bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah Maxis Business untuk membimbing mereka menguasai pemasaran digital dan e-dagang menerusi bengkel kerja. 

— BERNAMA 

Share850ShareSend

Related Posts

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS
Berita

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

2 months ago
Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

3 months ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

4 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In