• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MAHB Jelaskan Tindakannya Memfailkan Tuntutan Terhadap AirAsia X

in Catalyst
A A
Saham AirAsia Naik 3.6% Susulan Pelan Kumpul Modal Berjalan Lancar

Kredit Gambar : TTR Weekly

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini menjelaskan tindakannya memfailkan tuntutan sebanyak RM78 juta terhadap AirAsia X tidak akan menggagalkan skim penyusunan semula hutang AirAsia X.

“Malaysia Airports meneruskan hak undang-undangnya untuk mendapatkan kembali hutang daripada AirAsia X kerana ia sangat penting untuk memulihara dan menyelenggara lapangan terbang,” katanya sebagai maklum balas kepada laporan media tempatan bertarikh 24 Okt, bertajuk “MAHB checkmates AirAsiaX”.

Ia berkata caj tertunggak aeronautik itu terdiri daripada caj yang dikawal selia kerajaan termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan keselamatan penumpang, caj aerobridge, caj parkir pesawat dan pendaratan, caj kaunter daftar masuk dan caj bayaran lewat.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

“Wang ini akan disalurkan kembali ke dalam perniagaan bagi mengekalkan operasi lapangan terbang serta memastikan tahap layanan/perkhidmatan terus disampaikan kepada penumpang. Tambahan pula, hutang yang terhutang kepada kami adalah kurang daripada 0.01 peratus daripada jumlah hutang yang terhutang dalam skim ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengendali lapangan terbang turut maklum AirAsia X telah memfailkan permohonan untuk cadangan skim penyusunan semula hutang dengan pemiutang tanpa cagarannya menurut seksyen 366 Akta Syarikat 2016.

“Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB) berpendapat bahawa ia adalah pemiutang yang dijamin dan dengan itu telah memohon untuk dikeluarkan daripada skim ini.

“Pengecualian MASSB dalam skim ini tidak akan “melumpuhkan rancangan AirAsia X ” mahupun “memaksa AirAsia gulung tikar” seperti yang didakwa oleh laporan itu, katanya.

MAHB mengakui bahawa industri penerbangan menghadapi masa yang sangat mencabar dan sukar akibat pandemik Covid-19.

“Semua syarikat penerbangan dan lapangan terbang berhadapan prospek yang sama dari segi penguncupan lalu lintas dan kehilangan pendapatan. Sementara beberapa syarikat penerbangan sudah jatuh teruk kerana keadaan perniagaan yang melampau, lapangan terbang turut berdepan situasi yang sama.

“Bagaimanapun, menutup lapangan terbang bukan sama sekali pilihan untuk negara. Lapangan terbang adalah infrastruktur nasional yang strategik dan penting dan ia akan terus beroperasi sepanjang pandemik ini dan perlu bertahan dengan sebaik mungkin untuk memberi perkhidmatan kepada orang awam dan memastikan negara tidak lumpuh dari segi kesalinghubungan,” katanya.

Ia berkata Lembaga Malaysia Airports mempunyai tanggungjawab untuk bertindak demi kepentingan terbaik syarikat bagi melindungi pemegang sahamnya, infrastruktur pengangkutan udara negara dan lebih daripada 10,000 pekerja seluruh negara di bawah syarikat itu.

“Kami sentiasa melayani semua rakan penerbangan kami dengan adil dan saksama.

“Namun begitu, kami juga mengakui pentingnya AirAsia sebagai rakan utama dan kami akan terus melibatkan mereka untuk mencari penyelesaian terbaik,” katanya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share221ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In