Dalam pasaran saham, akan ada saham yang akan bergerak awal berbanding saham-saham yang lain.
Bagaimana ini boleh berlaku? Perkara ini berlaku kerana terdapat saham yang dikategorikan sebagai Leader dan ada saham yang dikategorikan sebagai Laggard.
Jika anda perasan, sebenarnya Leader & Laggard adalah ‘L’ daripada C.A.N.S.L.I.M.
Leader di sini bermaksud saham-saham yang sangat cepat memberikan respons terhadap apa-apa catalyst berkaitan sesuatu sektor.
Laggard pula bermaksud saham-saham yang lambat memberi respons dan kebiasaannya bergerak selepas saham-saham Leader telah pun berjalan terlebih dahulu.
Terdapat saham Leader & Laggard dalam setiap sektor.
Antara sektor di Bursa Malaysia adalah:
- Teknologi
- Hartanah
- Pembinaan
- Servis Kewangan
- Penjagaan Kesihatan
- Servis & Produk Pengguna
- Servis & Produk Industri
Sekiranya anda dapat mengenal pasti saham Leader & saham Laggard, mudah bagi anda untuk membuat keputusan nanti.
Jadi sekarang ini nak beli saham Leader atau Laggard?
Mudah sahaja.
Sekiranya anda seorang yang ingin mengambil peluang dengan pantas, anda perlu perhati rapat saham-saham Leader. Hal ini kerana sudah tentu anda tidak mahu terlepas saham-saham yang biasanya bergerak lebih awal.
Saham-saham Leader pula biasanya terdiri daripada saham yang mempunyai fundamental yang baik dalam sektornya. Saham yang mempunyai fundamental yang baik juga akan dapat menarik minat pelabur.
Apabila terdapat catalyst yang berkaitan dengan sektor tersebut, pastinya saham Leader akan memulakan pergerakan terlebih dahulu.
Oleh itu, jika anda tidak mahu terlepas anda perlu mencari saham Leader dari setiap sektor.
Saham-saham Leader biasanya akan mempunyai market capitalization yang besar dan jauh meninggalkan saham-saham Laggard. Cuba anda bandingkan market capitalization di antara dua saham di bawah.
Kedua-dua saham ini adalah daripada sektor yang sama iaitu sektor teknologi. Saham Leader mempunyai market capitalization sebesar RM8.527 bilion manakala Laggard hanya RM146.65 juta.
Leader
Sumber: malaysiastock.biz
Laggard
Sumber: malaysiastock.biz
Selain dari market cap, anda juga boleh lihat pada fundamental syarikat seperti nisbah PE. Nisbah PE yang besar kebiasaannya adalah Leader. Ini kerana pelabur sanggup membayar harga yang tinggi untuk pendapatan yang dijana syarikat.
Habis tu, saham Laggard pula bagaimana?
Adakah anda ada persoalan di atas? Sebagai seorang pelabur & juga pedagang, tidak semestinya anda perlu mengabaikan Laggard kerana saham Laggard juga berpotensi membuat kenaikan cumanya lambat sedikit.
Jika anda terlepas saham Leader, anda cari pula saham Laggard. Peluang untuk membuat keuntungan sentiasa ada jika anda memilih saham yang tepat.
Walaubagaimanapun sekiranya anda terlepas saham Leader yang telah laju naik, ini tidak bermakna anda perlu segera membeli saham Laggard.
Sebaiknya tunggu dahulu buy signal, maka barulah anda entry ke dalam saham Laggard. Jangan tergesa-gesa beli saham jika tiada buy signal.
Kesimpulannya, anda perlu mengenal pasti Leader & Laggard untuk mengambil peluang yang terbaik dalam pasaran saham.
Tambahan itu, pengalaman juga memainkan peranan penting untuk anda terus bertahan lama.
Setelah membaca artikel ini. Di antara Leader & Laggard, masa satu pilihan hati?
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards