Bulan September 2021 bukanlah bulan yang digemari para pelabur dan pedagang Bursa Malaysia. Kita baru sahaja bergembira dengan kenaikan indeks FBM KLCI pada bulan Ogos sehingga mencecah 1,600 mata.
Ingatkan indeks akan meneruskan kenaikan tetapi sebaliknya pula yang terjadi.
Bermula 1 September 2021, indeks mula menurun dan candlestick Bearish Engulfing dapat dilihat pada hari tersebut menandakan reversal bagi FBM KLCI.
Sumber :
Ada ke saham yang membuat kenaikan walaupun market berdarah teruk? Sudah tentulah ada. Bukan sahaja ada saham yang buat kenaikan, malah ada saham yang berjaya membuat kenaikan melebihi 100%.
Gambar rajah di bawah merupakan Top 10 saham patuh syariah paling untung pada bulan September 2021.
Daripada 10 saham tersebut, kami akan kupaskan 3 daripada 10 saham tersebut. Saham-saham tersebut adalah:
- Opcom Holdings (Sektor Telekomunikasi & Media)
- Encorp Berhad (Sektor Hartanah)
- VisDynamics Holdings (Sektor Teknologi)
1. Opcom Holdings Berhad
Opcom ditubuhkan di Malaysia pada November 1994 sebagai sebuah syarikat swasta dan terlibat dalam pembuatan kabel gentian optik dan produk berkaitan kabel. Pada 23 Disember 2003, Opcom disenaraikan di papan Mesdaq Bursa Malaysia. Kini, Opcom disenaraikan di Papan Ace.
Antara servis & produk keluaran Opcom adalah:
- Kabel gentian optik
- Paip & tiub HDPE
- Thixotropic compounds
- Servis kejuruteraan dan pemasangan
- Aksesori kabel
Sumber: Opcom
Ulasan Mengenai Saham Opcom
- Pemegang saham utama Opcom adalah Dato’ Ong Choo Meng.
Sumber : Bursa Market Place
- Sejak kebelakangan ini, Dato’ Ong Choo Meng dilihat mula mengumpul saham Opcom dan membeli dalam kuantiti yang besar. Dengan pembelian ini, pegangan Dato’ Ong akan menjadi lebih kukuh dalam syarikat.
Sumber: malaysiastock.biz
- Opcom mencatatkan keuntungan bersih setiap tahun kecuali pada tahun kewangan 2020. Opcom turut terkesan dengan pandemik pada tahun lepas.
Sumber: Malaysiastock.biz
- Walaubagaimanapun, profit margin Opcom bagi suku yang terakhir adalah setinggi 11.5%.
- Opcom mula mendapat minat belian pada pertengahan bulan September sehingga menghampiri ketinggian 52 minggunya.
Sumber :
- Opcom membuat breakout 52 Week High pada 22 September 2021 dengan volume yang tinggi pada hari tersebut. Breakout 52 Week High merupakan antara breakout yang paling kuat kerana saham tersebut berada pada fasa sideways untuk jangka masa yang panjang sebelum membuat breakout.
- Kini, Opcom dilihat cuba untuk memecahkan paras rintangannya. Adakah Opcom akan berjaya memecahkan paras rintangan tersebut? Sama-sama kita nantikan.
2. Encorp Berhad
Encorp Berhad ditubuhkan pada tahun 2000 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 11 Februari 2003. Teras perniagaan Encorp adalah dalam pembangunan hartanah. Selain itu, Encorp turut terlibat dalam pengurusan pembinaan, pasar raya dan pengurusan fasiliti.
Sumber: Encorp
Ulasan Mengenai Saham Encorp
- Dari sudut fundamental, Encorp merekodkan keuntungan dari tahun 2012 sehinggalah tahun 2016. Namun, bermula tahun 2017 Encorp mengalami kemerosotan prestasi yang teruk.
Sumber: malaysiastock.biz
- Kali terakhir Encorp mengagihkan dividen adalah pada tahun 2014. Sebagai pelabur bijak, kita tahu bahawa syarikat yang tidak mampu memberi dividen adalah kebiasaannya syarikat yang rugi.
- Kenaikan harga saham Encorp adalah lebih bersifat teknikal.
Sumber :
- Pada bulan September 2021, Encorp berjaya keluar daripada zon accumulation lalu membuat breakout 52 week high.
- Setelah membuat 52 week high breakout, saham tersebut membuat pullback ke paras resistance become support (RBS).
- Ia merupakan peluang Buy on Dip ketika saham ini membuat pullback ke paras support dan sebelum meneruskan lagi kenaikan.
- Ini bukan satu saranan belian kerana kenaikan harga saham ini telah berlaku pada waktu yang lepas. Sebarang pembelian saham adalah menjadi tanggungjawab masing-masing.
3. VisDynamics Holdings
Sumber: Visdynamics
VisDynamics ditubuhkan pada tahun 2003 di Melaka. Teras perniagaan VisDynamics adalah dalam peralatan pengujian automasi (ATE) bagi semikonduktor.
- Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Reka bentuk
- Perhimpunan dan pemasangan akhir
- Ujian tuning
Ulasan Mengenai Saham Vis
- Saham Vis didagangkan di Papan Ace. Saham Vis dikategorikan di bawah sektor teknologi kerana perniagaan yang dijalankan adalah berkaitan dengan semikonduktor.
- Modal pasaran Vis setakat 2 Oktober 2021 adalah RM251.13 juta. Bilangan jumlah saham Vis yang rendah menjadikan saham ini ringan.
Sumber: malaysiastock.biz
- Jika dilihat dari sudut analisa fundamental, Vis mempunyai prestasi kewangan yang agak baik.
- Vis mencatatkan keuntungan bersih sejak tahun 2016 sehingga kini. Meskipun terdapat sedikit kemerosotan pada perolehan dan keuntungan bersih Vis pada tahun 2020, ia adalah disebabkan pandemik yang memberi kesan negatif kepada seluruh dunia.
Sumber: malaysiastock.biz
- Tahun 2021 melihatkan Vis sedang bangkit semula daripada kejatuhan prestasi pada tahun lepas. Setakat suku ketiga 2021 sahaja, perolehan serta keuntungan bersih Vis telah berjaya melepasi prestasi pada tahun lepas.
Sumber: malaysiastock.biz
- Dari sudut teknikal pula, harga saham Vis banyak terkesan daripada prestasi kewangan suku tahunannya. Apabila syarikat melaporkan prestasi kewangan yang baik, Vis cenderung untuk membuat kenaikan dan begitu juga sebaliknya. Maka tidak hairan, baru-baru ini Vis berjaya membuat gap up dan limit up.
- Gap up tersebut sekaligus membuatkan Vis breakout downtrend line.
- Apa yang boleh dipelajari dari sini ialah anda perlu sentiasa mengkaji hubungkait prestasi laporan kewangan dan kesan pengumuman laporan kewangan terbabit terhadap harga saham.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab
Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->