Bulan September 2021, indeks FBM KLCI jatuh merudum sebaik sahaja mencecah 1,600 mata.
Sumber : Trading View
Jika indeks jatuh merudum, saham-saham lain pun sudah tentu banyak yang jatuh. Betul tak?
Senarai di bawah merupakan Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan September 2021.
Sumber: Majalah Labur
Daripada senarai tersebut, kami akan kupaskan 3 daripada 10 saham patuh syariah paling rugi bulan September 2021.
- FSBM Holdings Berhad (Sektor Teknologi)
- Yong Tai Berhad (Sektor Hartanah)
- Permaju Industries Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Pengguna)
1. FSBM Holdings Berhad
FSBM Holdings Berhad ditubuhkan pada tahun 1984 dengan nama Talasco Computers Sdn Bhd. Pada tahun 1991, Talasco Computers Sdn Bhd menukar namanya kepada Fujitsu Systems Business (Malaysia) Sdn Bhd apabila Fujitsu Limited of Japan membeli 20% pegangan saham dalam syarikat tersebut.
Pada tahun 1994, syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia dengan menggunakan nama Fujitsu. Namun pada tahun 2001, syarikat ini telah mempelbagaikan perniagaan mereka dengan menjual produk bukan di bawah jenama Fujitsu dan mengembangkan perniagaan ke luar negara. Perkara ini menyebabkan mereka menukar nama syarikat kepada nama yang digunakan sekarang iaitu FSBM Holdings Berhad.
Segmen perniagaan FSBM terbahagi kepada lima iaitu :
- Sistem & penyelesaian
- Multimedia & komunikasi
- Pendidikan & latihan
- Penjagaan kesihatan
- Projek
Ulasan Mengenai Saham FSBM
- Saham FSBM boleh dikategorikan sebagai saham penny kerana harganya yang sangat murah sehingga harganya di bawah RM0.10.
- Modal pasaran FSBM adalah sangat kecil bagi sebuah syarikat teknologi dengan modal pasaran hanya RM11.31 juta.
Sumber: malaysiastock.biz
- Bilangan unit saham FSBM juga sangat rendah iaitu hanya sebanyak 141.31 juta unit lalu menjadikannya ringan.
- Cuba anda lihat prestasi suku tahunan FSBM. Daripada data di bawah sahaja, FSBM telah mengalami kerugian selama 10 suku berturut-turut.
Sumber: malaysiastock.biz
- Prestasi kewangan FSBM yang teruk menyebabkannya dikategorikan di bawah PN17. PN17 adalah status bagi syarikat dari Papan Utama yang mempunyai masalah prestasi kewangan.
- Pada 23 September 2021, FSBM mengalami kejatuhan dan memecahkan uptrend line.
Sumber : Trading View
2. Yong Tai Berhad
Sumber: Yongtai
Yong Tai Berhad merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia dan menjalankan perniagaan dalam sektor pelancongan yang menumpukan pada pembangunan hartanah.
Antara perniagaan yang dijalankan oleh Yong Tai adalah:
- Pengurusan aset & fasiliti
- Budaya & pelancongan
- Hospitaliti
- Hartanah
- Pembangunan baru seperti penjagaan kesihatan
- Lain-lain seperti produk kesejahteraan, pendidikan, terminal kapal pelayaran antarabangsa
Ulasan Mengenai Saham Yongtai
- Yongtai memiliki jumlah unit saham yang besar tetapi mempunyai modal pasaran yang kecil. Ini sedikit sebanyak menggambarkan harga sahamnya yang rendah kerana tidak mendapat minat daripada pelabur.
Sumber: malaysiastock.biz
- Yongtai mula merekodkan kerugian bersih sejak tahun kewangan 2019. Syarikat ini juga berjaya mengurangkan kerugian sejak itu.
Sumber: malaysiastock.biz
- Harga saham Yongtai jatuh teruk sehingga mematahkan support pada 20 September 2021. Ia berikutan, terdapat individu bernama Dato’ Sri Lee Ee How,JP menjual lebih 20 juta unit saham yang dimiliki beliau.
Sumber : Trading View
- Dato’ Sri Lee Ee Hoe, JP merupakan antara pemegang saham utama Yongtai. Selepas dikemaskini pada 20 September 2021, Dato’ Sri Lee Ee Hoe memiliki pegangan sebanyak 2.42%.
Sumber: Bursa Market Place
3. Permaju Industries Berhad
Aktiviti perniagaan anak syarikat Permaju adalah penjualan kenderaan, penyediaan servis berkaitan, pembangunan hartanah dan perladangan kayu balak. Dalam segmen perniagaan kenderaan, Permaju menjual kenderaan jenama Volkswagen dan Ford.
Ulasan Mengenai Saham Permaju
- Permaju mencatatkan kerugian besar untuk 2 suku terakhirnya dengan kerugian bersih sebanyak lebih RM24 juta setiap suku tahunan tersebut.
Sumber: malaysiastock.biz
- Prestasi kewangan tahunan Permaju tidak memuaskan kerana sejak tahun 2012, syarikat ini sentiasa mencatatkan kerugian. Margin kerugiannya pada tahun 2021 setakat ini sudah mencecah -134%.
Sumber: malaysiastock.biz
- Permaju berjaya mencapai paras tertingginya pada Mac 2020 yang lalu. Namun, paras tersebut menjadi rintangan yang kuat bagi Permaju kerana harga saham gagal melepasi RM1.07.
Sumber : Trading View
- Setelah itu, Permaju terus membuat downtrend yang kuat. Harganya yang pernah berada pada harga RM1.00 kini hanya tinggal RM0.065.
- Kebiasaannya, sekiranya saham gagal melepasi paras tertingginya, potensi untuk saham tersebut melantun semula ke bawah adalah tinggi.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout