• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kos Bahan Mentah, Bekalan Tidak Menentu Jadikan 2023 Kekal Mencabar – F&N

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga F&N Meningkat Sedikit Kepada RM97.5 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) menjangkakan persekitaran perniagaan bagi 2023 kekal mencabar seperti tahun lepas berikutan kenaikan harga bahan mentah, ketidakpastian rantaian bekalan global serta risiko kemelesetan yang boleh menjejaskan keseluruhan landskap komoditi.

Ketua Pegawai Eksekutif Lim Yew Hoe berkata kumpulan itu bagaimanapun akan terus mengukuhkan langkah pengurusan kos terbabit susulan jangkaan inflasi bagi barangan komoditi serta bahan mentah.

Ini juga sebagai menghadapi impak berterusan daripada pandemik COVID-19 seperti gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos pengangkutan.

Berkaitan

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

SCIB Tarik Diri Daripada Projek Hospital Pakar Di Johor Bahru

Namun, beliau menegaskan bahawa usaha itu tidak akan menjejaskan tumpuan terhadap pembangunan perniagaan, terutama dalam memanfaatkan sinergi yang dibawa oleh perniagaan Cocoaland Holdings Bhd dan Ladang Permai Damai Sdn Bhd ke dalam kumpulan tersebut.

Lim berkata, F&N juga terbukti berjaya mengemudi 2022 untuk kekal berdaya tahan dan mempunyai alasan untuk terus optimis terhadap potensi tahun kewangan 2023 (TK2023).

“Jika dilihat, prestasi keseluruhan kami bagi TK2022, terutama dalam suku keempat ternyata sudah memadai sebagai asas untuk kekal optimis.

“Dalam suku keempat, kami mampu menyaksikan keadaan margin yang lebih baik yang didorong oleh pelaksanaan strategi berkesan bagi menangani pasaran yang mencabar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-61 kumpulan itu di sini, hari ini.

Lim berkata F&N juga mulai melihat kesan daripada tumpuan terhadap strategi jangka panjang bagi pertumbuhan serta kecekapannya.

“Kami berupaya melaluinya dengan menyelesaikan pelan pengambilalihan dan perbelanjaan modal (capex) pada 2022. Pelaburan yang telah kami lakukan pada tahun-tahun sebelumnya kini membuahkan hasil,” katanya.

Lim turut merujuk beberapa projek capex yang siap, termasuk gudang bersepadu dan sistem solar fotovoltan yang terbukti menyumbang kepada kecekapan kos serta penjimatan dalam TK2022.

Sementara itu, Pengerusi F&N Tengku Syed Badarudin Jamalullail berkata kumpulan itu telah memasuki era baharu yang menarik apabila turut berkembang ke dalam sektor baharu seperti penternakan tenusu, kuih-muih dan produk makanan halal.

“Selepas terpaksa mengharungi cabaran bagi beberapa tahun lepas, pasukan kami kini lebih bersatu dan kukuh. Saya berbangga dengan tenaga kerja yang memaparkan ketahanan dalam berdepan pelbagai cabaran domestik serta global,” katanya.

Dalam pada itu, pemegang saham di AGM itu meluluskan pembayaran dividen satu peringkat akhir sebanyak 33 sen sesaham dan menjadikan jumlah dividen kepada 60 sen sesaham bagi TK2022 yang akan dibayar pada 10 Feb 2023. 

Tarikh kelayakan bagi dividen itu adalah pada 20 Jan 2023.

— BERNAMA 

Tags: AGMCocoalandF&NkomoditimelesetprospekTK2023
Share204ShareSend

Related Posts

Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan
Catalyst

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

1 day ago
Malaysia Airport MAHB
Catalyst

MAHB Catat 83.9 Juta Penumpang Pada 2022, Naik 59.4 Peratus

1 day ago
Anak Syarikat Sarawak Consolidated Industries Peroleh Kontrak Tiang Lampu Bernilai RM30.75 Juta
Catalyst

SCIB Tarik Diri Daripada Projek Hospital Pakar Di Johor Bahru

4 days ago
Unit Reservoir Link Peroleh Pesanan Pembelian Sistem Panel Solar Bernilai RM11.4 Juta
Catalyst

Unit Reservoir Link Peroleh Pesanan Pembelian Sistem Panel Solar Bernilai RM11.4 Juta

4 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In