fbpx
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
Saturday, April 17, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Market Update

KLCI Cecah Paras 1,580 Ketika Ditutup Petang Ini, Pelabur Peroleh Kembali Keyakinan

by TheKapital
25/02/2021
in Market Update
3 min read

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) —  Indeks utama Bursa Malaysia mencecah paras halangan 1,580 ketika ditutup petang Khamis ini dengan para pelabur mendapat kembali keyakinan berikutan pelancaran secara rasminya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada Rabu.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 23.99 mata atau 1.54 peratus kepada 1,581.54 daripada 1,557.55 ketika ditutup petang Rabu.

Indeks utama dibuka pagi ini 9.35 mata lebih kukuh kepada 1,566.90 dan bergerak antara 1,565.77 dan 1,587.11 sepanjang hari.

Berkaitan

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Kekal Lepasi 1,600

Press Metal, Sarung Tangan Getah Tingkatkan FBM KLCI Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 857 berbalas 402 sementara 411 kaunter tidak berubah, 528 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung.

Jumlah dagangan lebih rendah kepada 10.44 bilion unit bernilai RM6.57 bilion berbanding 12.70 bilion unit bernilai RM7.01 bilion pada Rabu.

Pergerakan secara keseluruhan, semua sektor berada dalam zon hijau kecuali Indeks Penjagaan Kesihatan yang kekal sebagai satu-satunya sektor yang mengalami kerugian kerana para peniaga terus melepaskan pegangan saham mereka dalam syarikat sarung tangan getah dan farmaseutikal.

Mengulas mengenai prestasi hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Areca Capital Sdn Bhd, Danny Wong Teck Meng berkata program vaksinasi yang dimulakan secara rasmi pada Rabu telah mengembalikan keyakinan para pelabur.

“Pelabur sangat teruja dengan program vaksinasi dan mereka telah beralih ke arah pemulihan sekarang,” katanya kepada Bernama.

Menurut Wong, penyusutan bursa tempatan baru-baru ini melibatkan pengambilan untung yang sihat bagi peniaga mengumpulkan saham bernilai.

Beliau percaya pasaran saham tempatan akan diniagakan secara mendatar dalam tempoh satu hingga dua minggu ini dengan fokus terutamanya pada saham bertema pemulihan.

Daripada 30 kaunter FBM KLCI, lebih dua pertiga berada dalam zon positif.

Antaranya, Press Metal naik 71 sen kepada RM9.66, Maybank meningkat 20 sen kepada RM8.09, Public Bank menokok sembilan sen kepada RM4.17, Axiata 27 sen lebih tinggi kepada RM3.57 dan Tenaga menokok 22 sen kepada RM20. 12.

Saham paling untung termasuk MPI yang melonjak RM2.94 menjadi RM38.00, Carlsberg dan D&O Green Technologies, masing-masing mengukuh 66 sen kepada RM23.96 dan RM3.99.

Senarai saham paling rugi pula didahului oleh Rapid Synergy, susut 36 sen kepada RM7.40, diikuti oleh Hartalega yang turun 26 sen kepada RM10.14.

Pharmaniaga pula jatuh 24 sen kepada RM4.16 manakala Duopharma lega sembilan sen kepada RM3.10.

Kaunter paling cergas termasuk Permaju Industries yang naik 2.5 sen kepada 17.5 sen dan waran Dagang Nexchange menambah tiga sen kepada 35 sen.

Metronic Global susut dua sen kepada 8.5 sen sementara XOX dan Key Alliance masing-masing turun setengah sen kepada sembilan sen dan lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 192.72 mata kepada 11,675.85, Indeks FBMT 100 naik 178.52 mata kepada 11,352.78 dan Indeks FBM Emas SYariah 209.56 mata lebih tinggi kepada 13,081.65.

FBM 70 menokok 269.90 mata kepada 15,621.36 dan FBM ACE meningkat 142.11 mata kepada 10,963.20.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 272.05 mata kepada 14,985.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 6.08 mata kepada 187.57 dan Indeks Perladangan meningkat 52.33 mata kepada 7,213.03.

Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 23.82 kepada 3,224.09.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menyusut kepada 7.14 bilion saham bernilai RM5.72 bilion daripada 8.16 bilion saham bernilai RM5.92 bilion pada hari Rabu.

Perolehan waran rendah pada 481.14 juta unit bernilai RM91.22 juta berbanding 504.27 juta unit bernilai RM90.75 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 2.81 bilion saham bernilai RM760.90 juta berbanding 4.03 bilion saham bernilai RM996.19 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.57 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (2.49 bilion), pembinaan (188.63 juta), teknologi (1.28 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (176.50 juta), hartanah (171.74 juta), perladangan (41.42 juta), REIT (8.86 juta), dana tertutup (26,900), tenaga (820.50 juta), penjagaan kesihatan (158.93 juta), telekomunikasi dan media (99.93 juta), pengangkutan dan logistik (92.41 juta) dan utiliti (31.06 juta).

— BERNAMA

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

16/04/2021
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Kekal Lepasi 1,600

16/04/2021
Market Update

Press Metal, Sarung Tangan Getah Tingkatkan FBM KLCI Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

15/04/2021
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Saham Press Metal, Sarung Tangan Getah Bantu Lonjakkan Indeks Utama FBM KLCI Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

15/04/2021
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

15/04/2021
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Edisi Khas
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Kajian Kes
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?