• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keyakinan Perjalanan Udara Meningkat, KLIA Kekal Hab Serantau Menarik – MAHB

in Catalyst
A A
Keyakinan Perjalanan Udara Meningkat, KLIA Kekal Hab Serantau Menarik – MAHB

Sumber Gambar : Craig

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kekal hab penerbangan serantau yang menarik dengan tiga lagi syarikat penerbangan global menyambung operasi pada awal bulan ini.

Perkembangan itu didorong oleh peningkatan keyakinan terhadap perjalanan udara berikutan pelaksanaan langkah-langkah keselamatan bagi membendung penularan COVID-19.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata tiga syarikat penerbangan antarabangsa itu adalah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke United Kingdom dan seterusnya; Oman Air (dua kali seminggu ke Muscat) dan Ethiopian Airlines (penerbangan mingguan ke Addis Ababa).

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata selain itu terdapat 21 syarikat penerbangan kargo yang beroperasi di Kuala Lumpur termasuk sewa khas pada masa ini.

Menurutnya, walaupun terdapat penyusutan ketara muatan tan kargo pada Mac dan April susulan pengurangan kapasiti kargo dalam pesawat, kapasiti berkenaan telah diambilalih oleh pesawat kargo penuh.

“Ini membuktikan bahawa Kuala Lumpur kekal sebagai hab penerbangan serantau yang menarik.

“Malah, pengoperasian hab e-penunaian di KLIA Aeropolis iaitu usaha sama antara Malaysia Airports dan Cainiau, unit logistik Kumpulan Alibaba, akan memperkukuhkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab pengagihan serantau,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut MAHB, lapangan terbang di Malaysia juga terus menyaksikan peningkatan bulanan dari segi jumlah penumpang dan aliran trafik berkaitan.

Pada September lepas, aliran trafik atau jumlah pergerakan penumpang udara meningkat sebanyak 19 peratus pada Ogos kepada 1.7 juta manakala pergerakan pesawat juga menokok 9.8 peratus kepada 27,010.

Dalam pada itu, operasi MAHB di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul mencatat hampir dua juta penumpang bulan lepas dengan lima syarikat penerbangan beroperasi di pintu masuk Turki itu, setakat ini.

“Berikutan itu, kumpulan mencatat sebanyak 3.5 juta pergerakan penumpang pada September 2020,” kata syarikat pengendali lapangan terbang itu.

Menurut MAHB, syarikat penerbangan kargo, Pos Asia Cargo Express, baru-baru ini memperkenalkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sibu yang beroperasi enam kali seminggu menggunakan pesawat jenis B737-400F.

Dalam pada itu, operasi kargo udara di Malaysia juga kekal stabil bagi tempoh hampir sepanjang tahun ini.

Malah, menurut MAHB, walaupun terdapat penurunan pergerakan penumpang yang ketara, trafik kargo sebaliknya terus berdaya tahan.

Ini menerusi data bagi tempoh Januari-Ogos 2020 yang menunjukkan operasi kargo di Malaysia mencatat purata kira-kira 65,000 tan metrik sebulan berbanding kira-kira 76,000 tan metrik sebulan pada 2019.

— BERNAMA

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share212ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In