• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Suku Pertama Hibiscus Petroleum Meningkat Lebih Daripada Tiga Kali

in Catalyst, Saham
A A
Keuntungan Suku Pertama Hibiscus Petroleum Meningkat Lebih Daripada Tiga Kali
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Hibiscus Petroleum Bhd melonjak lebih daripada tiga kali ganda kepada RM135.26 juta bagi suku pertama berakhir 30 Sept, 2022 (Suku Pertama 2023) daripada RM41.52 juta setahun lalu, dipacu terutamanya harga tinggi minyak, kondensat dan gas. 

Hasil juga meningkat kepada RM604.77 juta dalam suku tersebut daripada RM246.69 juta sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini. 

Kumpulan eksplorasi dan pengeluaran minyak dan gas berkata operasinya menjual satu juta tong minyak dan kondensat dan lebih 510,000 tong minyak bersamaan gas pada Suku Pertama 2023. 

Berkaitan

Axiata Muktamadkan Penjualan Ncell, Tidak Lagi Beroperasi Di Nepal

MoU Cypark-Masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

“Jualan minyak dan kondensat menyumbang RM502.1 juta kepada jumlah hasil manakala sumbangan daripada jualan gas adalah RM101.5 juta. 

“Harga minyak dan gas yang agak kukuh memberi sumbangan positif kepada keuntungan dalam semua aset pengeluaran kumpulan di Malaysia dan United Kingdom (UK),” katanya dalam satu kenyataan. 

Mengenai prospek masa depan, Hibiscus Petroleum berkata kumpulan berada di kedudukan kukuh untuk  memanfaatkan rekod prestasinya yang cemerlang dalam aset pengeluarannya di kedua-dua negara.  

Kumpulan itu berkata ia kekal menyasar menjual kira-kira 7.2 juta hingga 7.5 juta tong minyak, kondensat dan gas bagi tahun kewangan berakhir 31 Jun, 2023.

Sementara itu, Pengarah Urusannya Dr Kenneth Pereira berkata kumpulan itu percaya trend makro semasa dapat menyokong harga tenaga yang tinggi dan prestasi kukuh Dolar AS dijangka berterusan.

— BERNAMA 

Tags: Hibiscus PetroleumKenneth PereiraKeputusanminyak dan gasSuku Pertama 2033
Share237ShareSend

Related Posts

Axiata, Touch Group Mahu Teroka Sinergi Memperkukuh Syarikat Telekomunikasi, Infrastruktur ICT
Catalyst

Axiata Muktamadkan Penjualan Ncell, Tidak Lagi Beroperasi Di Nepal

9 hours ago
Cypark Cadang Penempatan Saham Untuk Kumpul Rm73.4 Juta
Catalyst

MoU Cypark-Masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

10 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

10 hours ago
YTL Corp, YTL Power Sertai Konstituen FBM KLCI, Dialog & Westports Digugurkan
Saham

YTL Corp, YTL Power Sertai Konstituen FBM KLCI, Dialog & Westports Digugurkan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In