• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku Pertama Sime Darby Turun 12.3 Peratus Kepada RM207 Juta

in Catalyst, Saham
A A
Keuntungan Bersih Suku Pertama Sime Darby Turun 12.3 Peratus Kepada RM207 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Bhd turun sebanyak 12.3 peratus kepada RM207 juta dalam Suku Pertama berakhir 30 Sept, 2022 daripada RM236 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas terutamanya disebabkan oleh keuntungan rendah daripada segmen motornya, kos kewangan tinggi dan kerugian daripada operasi yang ditamatkan. 

Bagaimanapun, hasil kumpulan bagi Suku Pertama naik 14.5 peratus kepada RM12.18 bilion, berbanding RM10.64 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Jeffri Salim Davidson berkata perniagaan perindustrian mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan peningkatan 35 peratus dalam Suku Pertama. 

Berkaitan

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

Ini disebabkan terutamanya permintaan tinggi terhadap bahagian-bahagian dengan penerimaan kerja penyenggaraan tertunggak pelanggan dan harga bahagian-bahagian yang tinggi di Australasia.

“Kita juga melihat sumbangan positif daripada Salmon Australia, perniagaan sewa peralatan yang kami baru sahaja ambil alih setahun lalu.

“Ini merupakan bukti kepada pelan penciptaan nilai kami, yang terus membuahkan hasil ketika kami mengukuhkan bahagian perindustrian kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Jeffri berkata bahagian motor menerima kesan daripada sentimen pasaran yang membawa kepada margin rendah bagi kuantiti lebih tinggi.

Bagaimanapun, keputusan yang bertambah baik di Malaysia dan Australasia dapat membantu mengurangkan impak dari China.

Menurutnya, prestasi Malaysia disokong oleh serahan kereta yang ditempah semasa pengecualian cukai jualan, manakala operasi di Australasia kembali mencatatkan operasi normal dengan mencatatkan keputusan yang bertambah baik berbanding suku yang sama tahun sebelumnya yang menerima kesan daripada sekatan COVID-19.

Mengenai prospek masa depan, beliau berkata tahun kewangan 2023 dijangka menjadi lebih mencabar. 

“Melihat kepada prospek positif pada masa depan, bagi perniagaan motor, kami akan terus menyerahkan tempahan tertunggak di Malaysia sehingga suku ketiga tahun kewangan 2023. 

“Kami akan terus melabur dan mengembangkan rangkaian jualan kami bagi perniagaan motor dan perindustrian serta giat melihat peluang penggabungan dan pengambilalihan untuk meluaskan capaian perniagaan teras kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: AustralasiaBursa MalaysiaJeffri Salim DavidsonKeputusanSime DarbySuku Pertama Tahun Kewangan 2023
Share207ShareSend

Related Posts

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia
Saham

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

8 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In