• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Suku Kedua Maybank Susut Kepada RM941.73 Juta

in Berita
A A
Keuntungan Bersih Suku Kedua Maybank Susut Kepada RM941.73 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2020, susut kepada RM941.73 juta akibat impak COVID-19 berbanding RM1.94 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM11.79 bilion daripada RM13.05 bilion sebelum ini.

Dalam kenyataan hari ini, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset itu menyifatkan prestasi kewangan itu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta pengurangan kadar faedah yang membabitkan sebahagian besar pasaran serantau akibat COVID-19.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Menurut bank itu, pendapatan berasaskan dana bersih bagi suku berkenaan juga merosot pada RM326.5 juta daripada tempoh sama tahun lepas, terutamanya akibat kerugian modifikasi Satu Hari susulan pelaksanaan moratorium menyeluruh bagi pembiayaan berkadar tetap dan potongan 50 mata asas (bps) Kadar Dasar Semalam (OPR).

Ini bagaimanapun diimbangi oleh pengurangan pinjaman lebih ketara, khususnya bagi segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan gadai janji, pertumbuhan kukuh membabitkan deposit akaun semasa dan simpanan (CASA) yang sebaliknya meningkatkan nisbah CASA kepada 40.2 peratus selain membiayai pelan bantuan khas untuk segmen PKS.

Setakat 14 Ogos, 2020, kumpulan itu telah menyalurkan sejumlah RM1.4 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Khas Bank Negara Malaysia kepada PKS.

Sejajar dengan persekitaran operasi yang lebih suram bagi suku terbabit, aspek kawalan kos kekal menjadi tumpuan utama kumpulan perbankan itu yang menyaksikan kos overhed berkurangan sebanyak 4.1 peratus kepada RM2.71 bilion dalam suku kedua 2020 daripada RM2.82 bilion pada suku sama tahun lepas.

Kerugian bersih rosot nilai bagi suku kedua 2020 bagaimanapun bertambah kepada RM1.74 bilion berbanding RM452.3 juta setahun lepas berikutan langkah kumpulan itu mengekalkan pendirian berhemat dan mengutamakan kemajuan masa depan berdasarkan kemungkinan penularan pandemik yang dijangka terus menjejaskan perniagaan dan individu global.

Mengulas prestasi bagi suku itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Abdul Farid Alias berkata keputusan itu hanya memaparkan apa yang telah dilalui oleh bank itu seperti PKP diperlukan bagi membendung penularan COVID-19, dasar susulan mengenai kadar faedah serta pendekatan proaktif membabitkan moratorium.

“Tempoh itu telah memberi kami peluang untuk melakukan penyelarasan sewajarnya agar dapat produktif semula dalam keadaan kini yang dikenali sebagai kebiasaan baharu.

“Selepas selesai, kami dapat menumpukan usaha untuk membantu pelanggan yang terjejas akibat pandemik itu bagi meneruskan operasi perniagaan serta kehidupan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata strategi Maybank dalam mengekalkan paras mudah tunai dan modal yang tinggi terbukti banyak membantu bank itu, malah akan terus mempertahankan lembaran imbangan lebih kukuh bagi memastikannya berupaya merebut peluang perniagaan apabila keadaan pulih semula.

Pada masa sama, katanya, bank itu akan terus mencari peluang pertumbuhan sama ada dalam segmen pengguna dan perbankan global, insurans dan perbankan Islam selain meningkatkan tawaran digital bagi menguasai bahagian pasaran lebih besar.

“Selain itu, kami akan memperhebatkan tumpuan terhadap pengurusan kos dan risiko untuk kekal berdaya tahan dalam jangka panjang,” katanya.

Berikutan persekitaran semasa yang tidak menentu akibat COVID-19, Maybank akan terus mengutamakan aspek pemeliharaan modal dan mudah tunai dan atas alasan itu ia tidak akan mencadangkan dividen interim bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2020.

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In