• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Keuntungan Bersih Nestle Malaysia Susut Kepada RM128.39 Juta

in Hebahan
A A
Keuntungan Bersih Nestle Malaysia Susut Kepada RM128.39 Juta

The Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2020 merosot kepada RM128.39 juta daripada RM148.99 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya, diseret turun oleh saluran pasaran perhotelan, restoran dan kafe (HORECA). 

Ia juga terjejas oleh perbelanjaan operasi yang lebih tinggi berikutan usaha pengasingan di tempat kerja dan langkah keselamatan serta kesinambungan operasi semasa pandemik COVID-19. 

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata hasil juga susut kepada RM1.39 bilion daripada RM1.40 bilion.

Berkaitan

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal

Bursa Malaysia Pinda Peraturan Perniagaan, Keperluan Penyenaraian Bagi Cuti Peristiwa

Hujan Lebat Berterusan Dijangka Mampu Lonjakkan Harga Getah

Perniagaan makanan dan minuman merupakan penyumbang utama, mencatatkan pertumbuhan 2.2 peratus selepas didorong oleh penggunaan dalam rumah dan pemulihan eksport yang mengukuh.

Bagaimanapun, saluran HORECA kekal di bawah garis dasar tahun sebelumnya tetapi mendapat momentum secara progresif berikutan pelonggaran dalam kekangan operasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak pertengahan Jun lalu.

“Walaupun cabaran semasa dijangka berterusan dalam jangka masa terdekat, kami percaya prospek jangka panjang adalah positif dan kami akan bekerja keras untuk memenangi keyakinan serta kepercayaan rakyat Malaysia,” kata kumpulan itu. 

Ia juga kekal komited untuk terus memacu nilai pemegang saham dan mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 70 sen sesaham, mencerminkan keyakinan bagi menyampaikan satu lagi tahun keputusan yang berdaya tahan.

— BERNAMA

Share262ShareSend

Related Posts

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal
Hebahan

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal

5 months ago
bursa malaysia
Hebahan

Bursa Malaysia Pinda Peraturan Perniagaan, Keperluan Penyenaraian Bagi Cuti Peristiwa

9 months ago
ANRPC Semak Semula Penggunaan Getah Global, Unjuran Pengeluaran
Berita

Hujan Lebat Berterusan Dijangka Mampu Lonjakkan Harga Getah

10 months ago
Malaysia Airlines Perbaharui Kerjasama Dengan SITA Tingkatkan Ketersambungan
Hebahan

Malaysia Airlines Tambah Frekuensi Penerbangan Untuk Destinasi Domestik Menjelang PRU15

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In