• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Batu Kawan Naik Kepada RM417.28 Juta Bagi Tahun Kewangan 2020

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Batu Kawan Naik Kepada RM417.28 Juta Bagi Tahun Kewangan 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Batu Kawan Bhd (Batu Kawan) melonjak menjadi RM417.28 juta untuk tahun kewangan berakhir 30 September, 2020 daripada RM363.5 juta pada tahun sebelumnya, kebanyakannya disokong oleh segmen perladangan dalam persekitaran minyak  sawit mentah (MSM) dan jualan biji benih kelapa sawit yang lebih kukuh.

Perolehannya meningkat kepada RM16.08 bilion pada tahun kewangan 2020 berbanding RM16.05 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata bagi tahun kewangan 2020, keuntungan segmen perladangannya adalah 84.2 peratus lebih tinggi pada RM748.42 juta manakala perolehannya 10.8 peratus lebih tinggi pada RM7.09 bilion.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

“Ini disumbangkan oleh harga jualan MSM dan bijih benih kelapa sawit yang lebih kukuh, keuntungan RM29.28 juta tidak nyata pada penilaian buah tandan sawit segar (FFB) yang belum ditebang dan keuntungan yang lebih baik daripada operasi pemprosesan serta perdagangan, walaupun pengeluaran FFB 3.9 peratus lebih rendah pada 4.05 juta tan,” katanya.

Bagaimanapun, ia berkata kenaikan tersebut diimbangi oleh kerugian tidak nyata pertukaran mata wang asing sebanyak RM9.8 juta pada pinjaman bank dalam mata wang dolar US di sebuah anak syarikat Indonesia, dan kerugian tidak nyata  sebanyak RM17.52 juta daripada perubahan nilai saksama pada kontrak derivatif yang tertunggak.

Untuk tahun kewangan 2020, Batu Kawan berkata segmen pembangunan hartanahnya mencatatkan keuntungan 16.3 peratus lebih tinggi sebanyak RM55.06 juta kerana pengiktirafan keuntungan daripada projek dengan margin yang lebih baik walaupun perolehan sembilan peratus lebih rendah sebanyak RM154.88 juta.

Segmen pembuatannya merekodkan keuntungan 3.2 peratus lebih rendah sebanyak RM465.27 juta dengan 6.6 peratus pendapatan lebih rendah pada RM8.58 bilion pada tahun kewangan 2020, kebanyakannya diheret oleh bahagian kimia industri yang mencatatkan keuntungan 37.3 peratus lebih rendah sebanyak RM63.7 juta yang dipengaruhi oleh harga jualan lebih rendah dan jumlah jualan soda kaustik.

Untuk suku keempat yang berakhir pada 30 September, 2020, syarikat menyaksikan keuntungan bersihnya merosot kepada RM85.17 juta daripada RM96.7 juta pada suku keempat 2019, manakala pendapatan melonjak kepada RM4.12 bilion berbanding RM3.92 bilion sebelumnya.

“Keuntungan suku semasa disumbangkan oleh harga MSM dan biji benih kelapa sawit yang lebih kukuh tetapi diimbangi oleh kerugian tidak nyata sebanyak RM27.18 juta daripada perubahan nilai saksama pada kontrak derivatif tertunggak,” katanya.

Menurut Batu Kawan, untuk tempoh di bawah kajian, keuntungan segmen perladangan meningkat dengan ketara sebanyak 45.2 peratus kepada RM193.65 juta dengan sedikit peningkatan pendapatan menjadi RM1.7 bilion.

“Segmen pembangunan hartanah mencatatkan keuntungan 64.3 peratus lebih tinggi iaitu RM29.74 juta dengan 43.1 peratus perolehan lebih tinggi RM70.54 juta.

“Bagi segmen pembuatan pula, ia merekodkan keuntungan 20.6 peratus lebih tinggi sebanyak RM130.68 juta dengan peningkatan pendapatan 7.1 peratus kepada RM2.3 bilion,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Batu Kawan mengunjukran keuntungan yang lebih baik untuk tahun kewangan 2021.

“Susulan daripada harga MSM yang lebih baik dan eksport segmen perladangan kumpulan yang lebih tinggi, keuntungan untuk segmen ini dijangka akan lebih baik untuk tahun kewangan 2021.

“Memandangkan ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 di seluruh dunia, kedua-dua bahagian oleokimia dan kimia industri menjangkakan tahun yang mencabar pada masa depan,” katanya.

— BERNAMA

Share219ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In