Sekitar jam 12 tengah hari semalam negara kita digemparkan dengan press conference yang dibuat oleh salah seorang pemimpin negara kita Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pengumuman bahawa beliau mendakwa telah mendapat sokongan majoriti di Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.
Apakah kesan daripada pengumuman ini terhadap FBMKLCI?
Tahukah anda kesan daripada pengumuman tersebut, FBMKLCI telah jatuh akibat daripada panic selling di kalangan para pelabur. Para pelabur dalam dan luar negara melihat insiden ini sebagai ketidakstabilan politik di dalam negara kita dan boleh menjejaskan ekonomi negara. Apabila politik negara tidak stabil maka pastinya pelabur kurang yakin untuk melabur dan menjalankan perniagaan negara kita.
Bagaimana pula hal ini boleh menjejaskan FBMKLCI dan seluruh Bursa Malaysia?
Sebagai seorang pelabur yang sedang memegang sesebuah saham, catalyst yang kurang menarik seperti ini pastinya mempengaruhi psikologi manusia. Apabila ada pemimpin yang mendakwa bahawa kerajaan akan bertukar, pemilik perniagaan juga akan terjejas dengan polisi-polisi yang sentiasa bertukar. Perkara seperti ini sudah tentu menggusarkan, maka pelabur pun bertindak melepaskan pegangan saham mereka. Apabila seller menjual saham secara beramai-ramai, maka secara tidak langsung ia mengheret harga-harga saham lain ke bawah. Ia adalah ‘Knee jerk reaction’ yang bertindak secara semula jadi.
Mari lihat carta di bawah.
Carta di atas adalah carta FBMKLCI setelah press conference tersebut. Carta ini adalah hourly chart.
Carta ini pula adalah daily chart. Candlestick berwarna merah telah terbentuk kesan daripada penjualan saham. Pada 23 September indeks ditutup pada 1,496.48. Kejatuhan kesan daripada berita tersebut adalah sebanyak 9.3 mata.
Langkah Sheraton
Sekejap, masih ingatkah anda semua dengan senario politik sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lalu iaitu Langkah Sheraton? Langkah Sheraton berlaku pada 23 Februari yang lalu iaitu pada hari Ahad di mana pasaran sedang tutup. Apakah kesan Langkah Sheraton kepada pasaran saham Bursa Malaysia?
Mari lihat pada carta pada tarikh 24 Februari di mana pasaran Bursa Malaysia dibuka pada keesokan harinya.
Perkara yang sama berlaku pada ketika itu iaitu catalyst Langkah Sheraton tersebut telah menyebabkan pasaran dibuka rendah pada 24 Februari. Gap down dapat disaksikan pada carta. FBMKLCI ditutup pada 1,531.20 mata pada 21 Februari 2020 dan dibuka gap down pada 1,501.47 mata pada pasaran dibuka 24 Februari. Kejatuhan ini adalah sebanyak 29.73 mata.
Ini menunjukkan ketidakstabilan politik sememangnya mempengaruhi pasaran saham negara kita, tidak kiralah isu tersebut timbul dari mana-mana parti politik.
FBMKLCI yang menghimpunkan 30 saham terbesar negara kita kebanyakannya dimiliki oleh jerung-jerung yang mempunyai dana yang besar seperti institusi tempatan dan institusi dari luar negara. Melihat situasi ketidakstabilan politik ini, jerung-jerung ini tentunya ingin menyelamatkan wang mereka dan mungkin memindahkan dana pelaburan ke tempat lain.
Ini adalah asam garam. Prestasi pasaran saham bukanlah petunjuk ekonomi utama yang digunakan untuk menilai prestasi atau ‘kesihatan’ ekonomi. Namun perbezaan politik yang tidak berkesudahan ini mungkin merugikan.
Siapa pun nanti memimpin kerajaan, kita harus bersatu dalam menyelesaikan kemelut rakyat yang tercari-cari alternatif lain untuk memperbaiki tahap kewangan.