Sejak kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya pada tahun 2020, kebanyakan kaunter saham yang berkaitan dengan teknologi hijau telah meningkat. Hal ini kerana dalam manifesto seperti yang kita tahu, Joe Biden menyokong tenaga yang boleh diperbaharui.
Dengan ini kita tahu tenaga seperti tenaga solar dan kenderaan elektrik menjadi salah satu produk yang meningkat sedikit demi sedikit.
Kaunter saham yang paling lazim kita dengar tentang kenderaan elektrik tidak lain tidak bukan adalah syarikat TESLA. Pada tahun kemenangan Joe Biden, TESLA yang mendahului dalam dunia produksi kenderaan elektrik telah mencatatkan keuntungan sebanyak 415%.
Tidak kurang juga sebuah syarikat daripada China yang juga dalam industri pembuatan kenderaan elektrik yang bernama NIO telah meningkat keuntungannya sehingga 700%.
Di Malaysia, kadar pengguna kenderaan elektrik pada 2020 masih lagi di sekitar 110 sehingga 120 unit yakni masih lagi berada dalam skala yang kecil untuk mencapai 100,000 unit.
Pada pengetahuan kita sekarang, Malaysia masih lagi kurang pengguna kenderaan elektrik ini kerana banyak faktor. Antaranya juga adalah kerana stesen pengecas kenderaan elektrik masih lagi terhad dan berskala kecil.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melantik agensi MAI. MAI merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, agensi ini adalah salah sebuah agensi yang bertanggungjawab bersama syarikat tempatan untuk pembangunan kenderaan elektrik dan penyediaan infrastruktur stesen pengecas di seluruh negara.
Mengambil contoh daripada negara German, kepesatan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik memberi impak kepada peningkatan permintaan kepada tenaga elektrik.
Kita berbalik kepada negara Malaysia, apa yang kita dapat lihat tidak sepatutnya memberi fokus hanya pembinaan penjana kuasa seperti Indonesia, sebaliknya sewajarnya memberi fokus yang lebih kepada perkembangan dan menghasilkan komponen elektrik.
Malaysia antara negara yang masih lagi dalam fasa awal untuk membangunkan teknologi kenderaan elektrik ini kerana Malaysia tertinggal sikit ke belakang berbanding Indonesia dan Thailand dalam menyediakan insentif projek kenderaan elektrik ini.
Projek-projek yang kita dapat lihat yang terlibat juga dengan kenderaan elektrik ini adalah teknologi bateri, teknologi sel bahan api, teknologi hidrogen, teknologi mengecas dan teknologi kenderaan autonomi.
Di pasaran antarabangsa, kadar penjualan kenderaan elektrik telah meningkat dengan sangat pantas daripada 36,000 unit terjual pada tahun 2011, kini meningkat kepada 270,000 unit selepas 4 tahun.
Perbezaan yang agak ketara berjumlah 234,000 unit dan setiap tahun meningkat dengan kadar purata sebanyak 58,500 unit.
Sehingga hari ini, terdapat 17 negara sedang membuat sasaran untuk menjadi negara yang 100% zero emissions vehicles pada tahun 2050 nanti. Bahkan untuk negara France pula, mereka mensasarkan untuk menjadi negara pertama yang mencapai 100% zero emissions vehicles pada tahun 2040, yang mana 10 tahun lebih awal berbanding sasaran negara-negara lain.
Catalyst Untuk TNB
Mari kita ulas tentang syarikat yang berkait rapat dan bakal berkait dengan kenderaan elektrik ini. Pertama sekali yang paling terkenal dengan elektrifikasi adalah syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB merupakan syarikat yang menjalankan penjanaan, penghantaran dan pengedaran elektrik di Malaysia. Syarikat ini tertubuh pada tahun 1949 dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia.
Selain menguruskan penjanaan elektrik di Malaysia, TNB juga menguruskan dan menjalankan operasi untuk pengedaran elektrik kepada rangkaian yang berhubung dengan Thailand dan Singapura.
TNB mungkin bukanlah di sektor pembuatan kenderaan elektrik tetapi syarikat ini mampu juga menjadi pesaing utama dalam industri kenderaan elektrik ini khususnya pembekal elektrik untuk stesen pengecasan kenderaan elektrik.
Catalyst Untuk KESM
Keduanya adalah syarikat KESM Industries Berhad (KESM). KESM adalah syarikat yang menyediakan electronic manufacturing services (EMS) kepada pelanggannya. Apakah pula itu EMS?
EMS adalah servis yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang mereka bentuk, menguji kaji, membina, menghantar atau juga servis bantuan di pasaran berkenaan dengan bahagian elektronik dan pemasangannya.
Syarikat KESM juga tertubuh pada tahun 1978 dan berpusat di Petaling Jaya, Malaysia. Selain EMS, KESM juga menawarkan servis menguji litar terpadu semikonduktor dan pemasangan tape and reel.
Untuk catalyst terbaru dalam sektor kenderaan elektrik ini pula, KESM sedang dalam perkembangan kapasiti yang lebih banyak untuk penghasilan semikonduktor yang berfungsi untuk kenderaan elektrik.
Catalyst Untuk JHM
Ketiga kita akan lihat potensi syarikat JHM Consolidation Berhad (JHM). JHM juga dikenali dengan syarikat yang menjalankan bisnes automotif, elektrik, mekanikal dan ada lagi beberapa sektor kecil.
Syarikat ini terlibat dengan mereka bentuk penghasilan komponen semikonduktor light-emitting diode (LED) dan juga merupakan perantara sumber luar untuk aktiviti berkaitan dengan penghasilan bersama pihak ketiga.
Kini melihatkan keadaan KESM rancak dalam dunia teknologi, syarikat ini juga tidak mahu ketinggalan dalam industri kenderaan elektrik ini. Pada tahun 2021, KESM masih lagi dalam proses mencari peluang untuk menyertai bisnes kenderaan elektrik dengan proposal pembinaan stesen pengecas elektrik.
Catalyst Untuk D&O
Selain itu, syarikat Dominant Opto Technologies Sdn Bhd (D&O) adalah antara syarikat yang bakal mendapat manfaat sebagai pembekal LED dan juga meningkatkan kapasiti peralatan secara aktif untuk mencapai permintaan pasaran dengan adanya pembuatan kenderaan elektrik yang pesat ini.
D&O ditubuhkan pada tahun 2000 dan fasiliti penghasilan produk syarikat ini berada di Batu Berendam Free Trade Zone, Melaka. D&O merupakan syarikat pembekal pelbagai pemasangan lampu dalam industri automotif.
Dalam dunia automotif pada peringkat global, D&O adalah syarikat yang mendahului untuk Surface Mount (SMT) dalam penghasilan LED. Penjualan syarikat ini merangkumi pelbagai negara termasuklah China, Amerika Syarikat, Jepun, Eropah, Korea Selatan dan India.
Catalyst Untuk GREATEC Dan UWC
Untuk ulasan syarikat kelima dan keenam, syarikat Greatech Technology Berhad (GREATEC) dan UWC Berhad (UWC) dengan kepesatan pembuatan kenderaan elektrik kedua-dua syarikat berkait dengan teknologi ini, dilabur dengan price-to-earnings (PE) sebanyak 91.6 kali ganda. PE ini merupakan salah satu cara yang diguna pakai oleh para pelabur dan pedagang untuk menilai harga saham bagi sesebuah syarikat.
PE yang negatif bermakna syarikat tersebut sedang kerugian. PE syarikat yang tinggi dan berada dalam industri yang sama, akan menunjukkan syarikat tersebut disasarkan untuk terus berkembang pada masa akan datang.
Kita dapat lihat dengan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik ini, GREATEC dan UWC membuat lonjakan nilai syarikat.
GREATEC adalah sebuah syarikat yang sangat sinonim dengan teknologi. Bila disebut tentang teknologi biasanya yang akan kita fikir pasti GREATEC bukan?
GREATEC merupakan syarikat yang pakar tentang dalam penghasilan pelbagai alatan untuk komponen solar, elektronik dan automotif. Syarikat ini terletak di Bayan Lepas, Malaysia dan tertubuh pada tahun 1993.
UWC pula merupakan syarikat di bawah sektor teknologi juga, yang mana mereka menyediakan servis fabrikasi berkaitan pelbagai proses untuk penghasilan besi. UWC juga mempunyai variasi bidang dalam syarikatnya seperti semikonduktor, sains kehidupan, teknologi perubatan dan alatan berat.
Daripada apa yang kita ulaskan tentang kenderaan elektrik dan kaunter yang berkaitan dengannya, kenderaan elektrik ini merupakan teknologi yang agak baru dan mampu untuk meningkatkan nilai-nilai syarikat yang menggunakan teknologi hijau.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout