Apple merupakan salah satu jenama yang sangat berpengaruh tinggi dan terkenal. Syarikat Apple merupakan pengeluar telefon pintar iPhone yang digunapakai ramai orang dari seluruh pelosok dunia.
Baca: 7 Fakta Menarik Saham Apple
Maka tidak hairanlah, saham syarikat tersebut juga berjaya menarik minat para pelabur sehinggakan pada tahun 2021 nilai syarikat ini pernah mencecah USD2 trilion.
Bukan itu sahaja, market cap Apple pernah mencecah USD3 trilion pada Januari 2022.
Perkara ini lantas menjadikan Apple sebagai syarikat teknologi paling bernilai di dunia.
Baca: Siapa Pembekal Tempatan Komponen Produk Apple?
Ramai pengguna memilih iPhone berbanding telefon pintar yang lain kerana kualitinya yang terjamin.
Jom lihat beberapa statistik menarik mengenai Apple.
- Apple menjana pendapatan sebanyak USD365 bilion pada tahun 2021. 52% daripadanya adalah datang daripada hasil penjualan iPhone.
230 juta iPhones, 71 juta iPads dan 20 juta Mac serta MacBook berjaya terjual pada tahun 2020.
Apple Music mempunyai sebanyak 72 juta pelanggan, manakala Apple TV+ mempunyai lebih 40 juta pelanggan.
Sebanyak 110 juta AirPods dan 43 juta Apple Watches terjual pada tahun 2020.
Hasil perolehan Apple sepanjang tahun 2006 sehingga 2021
Jika melihat kepada statistik di atas, perolehan Apple terus meningkat setiap tahun. Malah ketika pandemik menyerang seluruh dunia, pendapatan Apple dilihat seolah-olah tidak terjejas.
Namun, mengapa saham Apple semakin menurun sejak kebelakangan ini? Harga saham Apple telah menyusut sebanyak 28.6% pada tahun 2022.
Harga terkini saham Apple setakat 31 Januari 2022 adalah USD143.00.

Kenapa harga saham Apple jatuh teruk?
Isu Pengeluaran
Tanpa produk untuk dijual, bagaimana Apple ingin mengekalkan prestasi pendapatan tahunannya?
Salah satu perkara yang membimbangkan pelabur adalah apabila Apple mengumumkan bahawa fasilitinya di Zhengzhou, China tidak akan beroperasi pada skala optimum.
Ketika isu Covid-19 di seluruh dunia telah semakin reda, namun ianya tidak berlaku di China. Kilang Foxconn di Zhengzhou, China tidak dapat memenuhi sasaran pengeluaran iPhone. Memandangkan kilang Foxconn bertanggungjawab terhadap hampir 70% pengeluaran iPhone, berlakunya kekurangan supply bagi iPhone di pasaran.
Berdasarkan beberapa laporan, Apple mengalami kekurangan stok iPhone Pro sebanyak 6 juta unit. Dengan kekurangan unit iPhone, pelabur menjangkakan kejatuhan pendapatan bagi syarikat Apple.
Kebimbangan pelabur terhadap potensi pendapatan Apple bakal menyusut menyebabkan saham Apple turut jatuh.
China yang sedang bergelut mengatasi peningkatan kes Covid-19, telah menyebabkan kerajaan mengeluarkan peraturan baru yang lebih ketat lalu menjejaskan operasi kilang.
Peraturan baru tersebut adalah mengenai operasi kilang di China yang mana kilang masih boleh beroperasi tetapi pekerja mesti tinggal di tempat kerja. Peraturan ini telah memperlahankan pengeluaran di Foxconn.
Terdapat ura-ura bahawa Apple mempunyai rancangan untuk memindahkan operasi pengeluaran produknya ke negara lain seperti India dan Vietnam. Sekiranya pemindahan ini benar-benar berlaku, harga saham Apple berkemungkinan akan semakin terjejas kerana kos pemindahan ke negara lain sudah tentu akan menelan belanja yang amat tinggi.
Selain itu, peningkatan kadar inflasi dunia dan kos sara hidup telah memberi impak terhadap permintaan terhadap produk Apple. Walaupun prestasi Apple tidaklah seteruk syarikat teknologi Wall Street yang lain, kebimbangan terhadap penjualan iPhone Apple yang terkini telah menyebabkan masa depan Apple menjadi tanda tanya.
Hal ini disebabkan kerana hasil penjualan iPhone merupakan nadi utama syarikat Apple. Penganalisa turut menjangkakan perolehan Apple akan berkurangan pada suku pertama tahun 2023.
Terdapat juga sesetengah pelabur yang melihat peluang ketika harga saham Apple semakin jatuh. Sejarah pertumbuhan syarikat ini memberikan keyakinan kepada pelabur yang Apple akan terus berkembang serta menjana keuntungan daripada penjualan produknya.
Sebagai seorang pelabur, anda perlu bertanya pada diri sendiri sekiranya anda membeli saham ini untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang.
Sumber:
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet