• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?

in Saham, Saham Global
A A
Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Sekitar bulan April 2022 yang lalu, semua orang digemparkan dengan berita yang Elon Musk selaku orang terkaya dunia ingin membeli Twitter. Pada ketika itu, bilionnaire tersebut berjaya dalam rundingan untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak USD44 bilion.

Sumber: Channel News Asia

Platform media sosial yang dipanggil Twitter ini mempunyai pengguna yang sangat ramai. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Statista, setakat Januari 2022 Amerika Syarikat muncul sebagai negara dengan pengguna paling ramai iaitu sebanyak 76.9 juta pengguna. Maka tidak hairanlah kenapa orang paling kaya di dunia pun sanggup mengeluarkan duit yang sangat banyak untuk membeli Twitter.

Sumber: statista

Menurut Elon Musk, beliau tidak melihat pembelian tersebut sebagai satu langkah untuk menjana keuntungan. Malah sebenarnya beliau tidak kisah pun keadaan ekonomi syarikat tersebut. Matlamatnya adalah untuk memupuk sebuah platform yang dipercayai umum secara maksimum dan inklusif secara meluas.

Berkaitan

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

Baca: Business Insider

Bukan sahaja Elon Musk, sebenarnya mana-mana pelabur pun boleh membeli saham Twitter. Apa yang penting adalah anda perlu ada akaun CDS terlebih dahulu. Pastikan juga broker pilihan anda tersebut ada menyediakan kemudahan untuk membeli saham pasaran luar negara.

Baca: 5 Langkah Mudah Cara Orang Malaysia Membeli Saham Twitter

Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter

Musk mengumumkan beliau mahu membatalkan perjanjian pembelian Twitter Inc, selepas syarikat gergasi media sosial itu gagal mengemukakan maklumat mengenai akaun palsu di pentas dalam taliannya.

Dengan ini Elon Musk telah menuduh Twitter menipunya.

Baca: Musk tuduh Twitter menipu

Sebelum ini, Musk telah memberi amaran akan membatalkan pembelian itu jika Twitter gagal mengemukakan bukti bahawa jumlah akaun ‘spam‘ atau ‘bot‘ adalah lebih rendah daripada lima peratus keseluruhan pengguna perkhidmatan media sosial itu.

Kesannya?

Saham Twitter turut terkesan setelah Elon Musk membatalkan niat beliau untuk membeli Twitter. Pelabur awam yang sebelum ini teruja dengan pembelian tersebut mula menjual pegangan masing-masing lalu menyebabkan saham itu mula menjunam.

Baca: Saham Twitter menjunam selepas Musk batal ambil alih

Harga saham Twitter Inc setakat 5 Ogos 2022 adalah USD42.52.

Sumber: Investing.com

Macam drama bersiri pula apabila Twitter pula bertindak menyaman Elon Musk kerana Twitter Inc mendakwa Elon melanggar perjanjian dan meminta Mahkamah Delaware memerintah Elon melengkap pembelian pada harga USD54.20 sesaham seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Pengerusi Twitter, Bret Taylor, menerusi laman mikro blog itu, mengumumkan pihaknya akan bertindak mengikut undang-undang bagi memastikan Musk menghormati dan meneruskan perjanjian itu.

Baca: Twitter Sues Elon Musk For Trying To Cancel Acquisition

Sumber: Channel News Asia

Satu perkara yang menarik dilakukan oleh Musk adalah beliau mencabar CEO Twitter untuk berdepan secara umum berkenaan dengan isu “bot” itu.

Sumber: The Verge

Adakah benar Twitter akan berjaya menyaman Elon Musk? Sama-sama kita nantikan sambungan kepada isu ini. Semoga kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan tidak memberi kesan buruk terhadap pemegang saham Twitter yang lain.

Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US? 

Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?

Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?

Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.

E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.

Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Share271ShareSend

Related Posts

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia
Saham

Scientex Teroka Sektor Rumah Mampu Milik Di Indonesia

8 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Belian Lebih Baik

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In