KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Kenanga Investment Bank Research (Kenanga) mengekalkan unjuran “neutral” terhadap sektor pelabuhan dan logistik berikutan faktor seperti pendapatan penggiat pelabuhan yang terjejas akibat risiko penularan pandemik COVID-19.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, Kenanga berkata pendapatan sektor terbabit juga dijangkakan terus diheret turun oleh pandemik tersebut.
“Memandangkan ketiadaan pemangkin dalam tempoh akan datang ini, terdapat potensi berlakunya unjuran ekonomi lebih suram baik di peringkat global mahu pun di Malaysia,” katanya.
Mengulas Westports Holdings Bhd, ia berkata penurunan jumlah truput juga dijangkakan berikutan majoriti kapal yang singgah di pelabuhan kendalian syarikat berkenaan adalah bagi laluan intra-Asia.
Sehubungan itu, impak kemungkinan penutupan pelabuhan dan kuarantin pada masa depan akan memberi kesan kepada truput walaupun ketidaktentuan itu bergantung kepada dinamik pandemik yang berlanjutan ini.
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank itu turut mengekalkan harga sasaran (TP) saham syarikat itu pada RM3.65.
“Bagi Pos Malaysia pula, kenaikan kadar tarif pos baharu bagi mel berdaftar dan komersial ternyata tidak dapat menyuntik keuntungan dari segi pendapatannya bagi tempoh suku kedua 2020,” katanya.
Kenanga telah menurunkan TP Pos Malaysia kepada 81 sen daripada 90 sen sebelum ini.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards