CANSLIM merupakan kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish. CANSLIM ini merupakan kaedah untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat JFTECH.
Latar Belakang JF Technology Berhad (JFTECH) (0146)
JF Technology Bhd (KLSE: 0146) (JFTECH) merupakan syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan terlibat dalam penghasilkan integrated circuit test sockets, interconnect, test solutions dan equipment untuk pelanggannya di dalam industri semikonduktor dan elektronik. Nilai pasaran terkini syarikat ini adalah sekitar RM1.76 bilion dan harga semasa saham berada pada paras RM2.00 lebih.
Jom kita kaji kaunter JFTECH ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C: Current Earnings JFTECH
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini. Kita boleh mengukur pertumbuhan EPS syarikat bagi suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Sumber: KLSE Screener
Nilai EPS untuk suku tahun pertama JFTECH tahun ini adalah 1.80, meningkat sebanyak 109.3% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan EPS yang positif ini adalah perkara yang sangat baik untuk syarikat, kerana ini menandakan bahawa syarikat tidak mempunyai masalah untuk menjana pendapatan.
JFTECH merupakan antara syarikat di dalam sektor teknologi yang kukuh di Bursa Malaysia. JFTECH mencatatkan EPS yang positif walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi sepanjang tahun 2020.
A: Annual Earnings JFTECH
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita boleh meggunakan EPS tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan. Kita juga boleh menggunakan nisbah Return On Equity (ROE) untuk menilai perolehan tahunan. Pendapatan tahunan yang terdahulu juga membantu kita menilai syarikat apabila perubahan keadaan ekonomi berlaku.

Sumber: KLSE Screener
Nilai EPS syarikat JFTECH meningkat untuk tiga tahun terkini. Pendapatan bersih syarikat juga meningkat dengan ketara sejak tahun 2018 sehingga hari ini. Dengan peningkatan ini, JFTECH memberi petanda bahawa syarikat ini mempunyai status kewangan yang sangat kukuh dan ianya adalah satu tanda yang baik untuk syarikat ini.
N: News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat dan amat penting dalam membuat penilaian dengan kaedah CANSLIM ini. Selain daripada itu, harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor yang penting. Seterusnya, pertukaran pendtabiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.
News, Pemangkin

Sektor teknologi sememangnya menjadi tumpuan pelabur terutama dengan norma baru yang kita hadapi ketika ini yang memerlukan teknologi untuk menjalani kehidupan seharian kita.

Sumber: KLSE Screener
Selain daripada itu, JFTECH telah melaksanakan bonus issue pada 20 Januari 2020 dengan nisbah 3:1. Ini bermakna pelabur akan mendapat 3 saham percuma dengan setiap satu pegangan yang diperolehi. Dengan pemberian bonus ini, ianya telah menyebabkan harga saham mengalami pembetulan.
S: Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham. Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Jumlah unit saham JFTECH yang didagangkan adalah sebanyak 230 juta unit. Untuk tahu sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.

Sumber: Investing.com
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian JFTECH lebih banyak daripada jumlah purata dagangan saham selama tiga bulan. Jika jumlah ini melebihi jumlah purata dagangan selama tiga bulan, ini bermakna tumpuan pelabur mula tertumpu kepada saham syarikat ini.
L: Leader and Laggard
Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham dan juga indeks sektor iu sendiri.

Sumber: Trading View
Nota: Carta di atas adalah sebelum pembetulan harga JFTECH selepas perlaksaan Bonus Issues
Pergerakan harga saham JFTECH (Biru) adalah lebih tinggi berbanding pergerakan indeks FBM KLCI (Oren) dan juga indeks teknologi (Hijau) di Bursa Malaysia. Oleh yang demikian, kita boleh kategorikan saham JFTECH sebagai leader berbanding saham-saham lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah yang lebih terperinci adalah dengan membuat perbandingan modal pasaran sesebuah syarikat itu dengan pesaingnya yang lain. Adakah JFTECH merupakan leader kepada sektor teknologi berdasarkan modal pasaran yang dimiliki?
I: Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan lain-lain lagi seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.

Sumber: Bursa Marketplace
Bagi syarikat JFTECH, di antara pelabur institusi yang memiliki saham syarikat ini adalah TA Investment Management Berhad dengan pegangan sebanyak 2.0%, PMB Investment Berhad dengan pegangan sebanyak 1.18% dan juga PMB Shariah Aggressive Fund.
Berdasarkan pegangan saham secara keseluruhannya, saham JFTECH ini kebanyakannya dipegang oleh individu yang juga merupakan pemilik syarikat ini sendiri.
M: Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik. Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.

Sumber: Trading View
Nota: Carta di atas adalah sebelum pembetulan harga JFTECH selepas perlaksaan Bonus Issues
Arah kaunter JFTECH ini menunjukkan saham ini sedang membuat fasa kenaikan sejak daripada Mac 2020 sehingga ke hari ini. Fasa kenaikan (uptrend) yang cantik seperti ini akan memberikan potensi kemenangan yang lebih tinggi kepada pelabur.
Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilhan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat. Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM
Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB