Gamuda catat keuntungan bersih sebanyak 252.5% untuk suku tahunan terkini
CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.
CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat Gamuda Berhad (Gamuda).
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Latar Belakang Gamuda Berhad (Gamuda) (5398)
Gamuda Berhad (Gamuda) merupakan antara syarikat sektor pembinaan yang terbesar di Malaysia. Syarikat ini beroperasi dengan tiga segmen utama seperti:-
- Kejuruteraan pembinaan
- Pembinaan hartanah
- Konsesi lebuh raya
Menerusi anak syarikatnya, Gamuda juga terlibat dalam pelaburan hartanah, operasi kuari dan perdagangan bahan binaan.
Syarikat ini mempunyai modal pasaran sekitar RM7.03 bilion dan harga semasa saham ini adalah sekitar RM2.80 sesaham.
Jom kita kaji kaunter Gamuda ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings Gamuda
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.
Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Sumber: KLSE Screener
Pertumbuhan pendapatan bersih Gamuda untuk suku terkini adalah positif untuk suku terkini setelah empat suku sebelumnya mengalami pertumbuhan yang negatif.
Gamuda telah merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM141.83 juta, meningkat sebanyak 252.5% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Peningkatan ini dipercayai hasil daripada projek yang diperolehi dan diusahakan syarikat ini baru-baru ini.
A- Annual Earnings Gamuda
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu pengukur prestasi pendapatan tahunan.
Sumber: KLSE Screener
Pendapatan bersih Gamuda pada tahun 2020 meningkat sedikit sekitar 0.69% kepada RM374,232 daripada jumlah sebelumnya iaitu RM371,680.
Pendapatan yang diperoleh ini boleh dikatakan sangat memuaskan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun 2020 yang lalu.
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.
Harga saham tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.
Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.
Sumber: Bernama
Pada 24 Jun 2021, berita tentang pendapatan syarikat melonjak sebanyak tiga kali ganda telah dilaporkan oleh Bernama. Syarikat ini juga menjangkakan pendapatan Gamuda akan lebih kukuh dimasa akan datang dengan projek-projek yang sedang dijalankan ketika ini.
Sumber: CGS-CIMB
Pada 22 Jun 2021, pihak CGS-CIMB juga memberikan saranan tambahan belian terhadap saham Gamuda berdasarkan pendapatan syarikat yang kukuh serta projek yang bakal diperolehi Gamuda. Sasaran harga saham Gamuda adalah pada Rm4.18 sesaham.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.
Jumlah unit saham yang didagangkan akan menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Jumlah unit saham Gamuda yang didagangkan adalah sebanyak 2.5 bilion unit.
Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada dalam sektor yang sama.
Sumber: Investing.com
Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian Gamuda lebih rendah berbanding jumlah purata dagangan untuk tiga bulan terkini.
Namun, data ini diambil satu jam selepas pasaran dibuka dan ianya tidak menggambarkan keadaan pasaran secara menyeluruh.
L- Leader and Laggard
Leader and laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.
Sumber: Trading View
Pergerakan harga saham Gamuda (Biru) puratanya adalah lebih rendah berbanding dengan pergerakan indeks pembinaan di Bursa Malaysia (Oren).
Oleh yang demikian, saham Gamuda boleh dikategorikan sebagai laggard berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.
Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah Gamuda masih merupakan laggard kepada sektor pembinaan?
I- Institutional Investor
Institutional Investor ini adalah kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Khazanah Nasional Berhad
Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan lain-lain.
Sumber: Bursa Marketplace
Bagi syarikat Gamuda, kebanyakan pelabur institusi syarikat ini terdiri daripada institusi pelaburan seperti:-
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
Pelabur institusi yang lain pula adalah seperti Urusharta Jamaah Sdn Bhd, Public Mutual Berhad dan syarikat insurans AIA Berhad .
M- Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.
Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.
Sumber: TradingView
Secara keseluruhannya, saham ini dilihat sedang berada di fasa distribution dan dilihat kemungkinan akan masuk ke fasa mark-down jika harga saham ini gagal untuk bertahan pada supportnya yang terdekat.
Keadaan carta Gamuda ini sejajar dengan keadaan pasaran saham di Malaysia secara menyeluruh yang sangat volatile sejak kebelakangan ini.
Baca: Kajian CANSLIM Terhadap Saham Pharmaniaga
Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
*Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan bukan saranan belian atau jualan kepada mana-mana pihak.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM