• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Jualan Asing Sederhana Di Bursa Malaysia Mulai Dagangan Oktober

in Berita
A A
Dana Asing Pembeli Ekuiti Tempatan Pada 7-11 Sept

Sumber Gambar : LinkedIn Bank Islam

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Bulan Oktober bermula dengan aliran keluar bersih asing yang sederhana meskipun kebimbangan terhadap sektor perladangan, namun aliran keluar bersih asing perlahan itu diimbangi oleh peningkatan minat terhadap saham sarung tangan getah. 

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata aliran keluar bersih dana asing pada September meningkat kepada RM1.97 bilion berbanding RM1.49 bilion pada Ogos tetapi masih rendah berbanding jualan bersih asing RM2.56 bilion pada Julai.

Secara kumulatifnya, jumlah aliran keluar bersih daripada dana asing bagi tempoh antara Januari dan September berjumlah RM22.3 bilion. Tahun lepas, aliran keluar bersih dana asing berjumlah RM11.14 bilion berbanding RM11.69 bilion pada 2018.

Berkaitan

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

“Dari segi mingguan, dana luar pesisir merupakan penjual bersih bagi 36 minggu daripada 40 minggu setakat ini bagi tahun ini.

“Jumlah aliran keluar bersih asing dari Malaysia semasa tempoh sembilan bulan 2020 bukan hanya mengatasi angka pada 2019, tetapi juga jualan bersih asing sebanyak RM19.49 bilion yang dicatatkan pada 2015,” katanya.

Mengenai prestasi pada minggu lepas, jualan dana asing ekuiti tempatan di Bursa Malaysia meningkat kepada RM543.7 juta daripada RM350.7 juta pada minggu sebelumnya. 

Isnin menyaksikan pelabur antarabangsa menjual RM292.6 juta bersih ekuiti tempatan, paras tertinggi dalam masa sehari sejak 5 Ogos, 2020. Bagaimanapun, FBM KLCI mencatatkan prestasi kukuh dengan ditutup 0.2 peratus lebih tinggi kepada 1,511.7 mata pada hari yang sama, disokong oleh aktiviti belian daripada pelabur runcit dan institusi tempatan. 

“Pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing membeli RM47.6 juta dan RM245.0 juta bersih ekuiti tempatan. Sentimen positif itu sebahagiannya dirangsang oleh keputusan keuntungan kilang yang tinggi di China,” katanya. 

Pada Selasa pula menyaksikan aliran keluar bersih asing sebanyak RM167.9 juta meskipun peningkatan jangkitan COVID-19 di Eropah yang mencetuskan kebimbangan gelombang kedua pandemik itu dan kemungkinan sekatan pergerakan baharu. 

Jualan bersih asing semakin perlahan pada Rabu kepada RM83.7 juta apabila para pelabur mendapat rangsangan daripada Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan China yang meningkat kepada 51.5 daripada 51.0 pada bulan sebelumnya.

Bagaimanapun, dana antarabangsa kembali semula ke Malaysia pada Jumaat dengan membeli RM58.0 juta bersih ekuiti tempatan.

— BERNAMA 

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share210ShareSend

Related Posts

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS
Berita

SC Keluarkan Garis Panduan Tadbir Urus ESG Untuk PKS

2 months ago
Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

3 months ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

4 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In