• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

IPP Malaysia Kembali Tumbuh Positif 1.2 Peratus Pada Julai 2020

in Berita
A A
IPP Malaysia Kembali Tumbuh Positif 1.2 Peratus Pada Julai 2020

Sumber Gambar : Twitter Bernama

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) kembali mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 1.2 peratus pada Julai 2020 sejak Februari 2020 berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan IPP pada Julai 2020 disebabkan oleh kenaikan 2.9 peratus dalam indeks pembuatan.

Bagaimanapun, katanya indeks perlombongan dan indeks elektrik, masing-masing merekodkan kemerosotan sebanyak 3.0 peratus dan 5.1 peratus.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

“Output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 2.9 peratus pada Julai 2020 selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.7 peratus pada Jun 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada Julai 2020 ialah produk peralatan elektrik dan elektronik (9.6 peratus), kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (9.0 peratus) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (1.5 peratus).

Output sektor perlombongan menguncup 3.0 peratus pada Julai 2020 berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Kemerosotan tersebut disebabkan oleh penurunan dalam indeks minyak mentah dan kondensat (-1.2 peratus) dan indeks gas asli (-4.4 peratus).

Output sektor elektrik menguncup 5.1 peratus pada Julai 2020 berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In