SDCG OPTIMIS CATAT PERTUMBUHAN DISOKONG KOS RENDAH, INSENTIF HIJAU
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Solar District Cooling Group Bhd (SDCG), penyedia sistem pengurusan bangunan (BMS), sistem haba suria dan penyelesaian penjimatan tenaga, optimis dapat mencatatkan pertumbuhan tahun ini, dipacu oleh prospek positif dan kos yang lebih rendah.
Pengarah Urusan SDCG Edison Kong berkata kumpulan itu kekal yakin dengan prospek BMS mereka dalam industri kecekapan tenaga Malaysia berikutan permintaan berterusan terhadap penyelesaian cekap tenaga.
“Selain itu, insentif hijau kerajaan dalam Belanjawan 2024, dan jangkaan sokongan seterusnya dalam Belanjawan 2025, akan mengukuhkan aliran ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penyenaraian syarikat itu, hari ini.
Kong berkata penyelesaian BMS dan solar termal syarikat penting dalam membantu pelanggan mengurangkan penggunaan tenaga dan kos operasi.
“Dengan mengoptimumkan penggunaan tenaga dalam bangunan dan menggabungkan sumber tenaga boleh baharu, penyelesaian SDCG bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan tetapi juga memberikan penjimatan jangka panjang,” katanya.
Beliau berkata manfaat ini meletakkan SDCG dalam kedudukan untuk membantu pemain industri mengharungi landskap tenaga yang berkembang sambil mengurangkan jejak karbon mereka.
Mengenai nilai perolehan kontrak, Kong berkata syarikat itu memperoleh pesanan bernilai lebih RM30 juta yang menyediakan asas pendapatan kukuh.
“Kami giat menenderk projek dalam pelbagai sektor, termasuk bangunan komersial, institusi kewangan, kemudahan kesihatan dan hartanah industri seperti pusat data,” katanya, sambil berkata bangunan berkenaan mempunyai keperluan tenaga signifikan yang dapat ditangani SDCG dengan kepakarannya.
SDCG mencatatkan dagangan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Khamis, dibuka pada 50 sen – premium 12 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 38 sen. Pada sesi pembukaan, 20.68 juta saham telah didagangkan.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
*Daftar berdua terus dapat akses secara percuma! Sesuai untuk ZERO dan Newbies!